Isnin, 21 Januari 2013
Goreng Kunyit Ayam dan Kacang Panjang
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia untuk semua. Semoga ceria selalu hendaknya. Entri hari ini mengenai masakan sayuran yaitu goreng kunyit ayam bersama kacang panjang. masakan ini dah biasa saya masakkan untuk keluarga. Lihat lah resepinya...
Resepi Goreng Kunyit Ayam Kacang Panjang
Bahan-bahan:
sedikit isi ayam (dipotong, dicuci dan diletak
garam dan kunyit)
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
sedikit halia (dihiris)
karot (dipotong)
kacang panjang (dipotong)
bawang besar (dihiris bulat)
minyak untuk menumis
garam
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris
seperti bawang merah, bawang putih serta
halia.
2. Masukkan ayam yang digaram kunyit,
kacaukan ia. Kemudian masukkan kacang
panjang, karot serta bawang besar hiris.
3. Kacaukan, setelah itu masukkan garam.
Perasakan garamnya. Kemudian barulah
diangkat dan dihidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
igt2 nk cuba masak ayam kunyit gk dinner malam nih...cmpur kacang panjang bleh ratah2..
BalasPadamSilakan cuba tu resepinya Adda. Ringkas dan cepat dimasak.
Padamkita pun selalu buat cam ni...sedap dan ringkas kan..
BalasPadam