Rabu, 9 Januari 2013

Khasiat Jagung

         
          Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia kepada teman-teman semua. Semoga anda berbahagia selalu. Agak lama saya tak meng update blog ni disebabkan kesibukkan anak-anak masuk sekolah di awal tahun ini. Walau bagai mana pun alhamdulillah, semua nya berjalan dengan lancar. Kali ini saya ingin mengongsikan ilmu tentang kebaikkan jagung kepada kita semua.

     Jagung atau nama saintifikny Zea Mays yang berasal dari Gramineae, memang sangat terkenal di seluruh dunia. Ia merupakan sumber terbaik zat dan vitamin yang biasanya ditemui dalam sayuran. Jagung boleh disajikan dalam bebagai cara seperti bubur, bijirin, sayur, emping serta direbus begitu sahaja. Rasanya manis dan sangat sedap.
     Tumbuhan ini sangat kaya dengan protein, vitamin B, kalsium, fosforus, zat besi dan sejenis minyak yang bermutu tinggi dan sangat baik untuk kesihatan.



Kebaikkan jagung:
1. Melancarkan pencernaan kerana ia mempunyai 
   serat yang tinggi bagi bermanfaat untuk
   sistem    pencernaan. Ianya dapat mencegah
   sembelit, buasir serta mengurangkan risiko 
   kanser usus.

2. Mencegah anemia, kerana ianya mempunyai
   vitamin B dan asam folat yang dapat
   membantu mencegah anemia (kurang sel darah
   merah) kerana kurangnya zat besi.

3. Sumber mineral kerana ia mengandungi 
   banyak mineral seperti magnesium, tembaga, 
   besi dan fosfur untuk kesihatan tulang.

4. Merawat kulit. ianya sangat kaya dengan 
   antioksida yang dapat membantu dalam pen-
   jagaan kulit.

5. Mencegah kanser usus dan buasir kerana 
   ianya mempunyai kandungan serat yang 
   tinggi, dapat mengurangi gangguan pada 
   sistem pencernaan.

6. Sebagai antioksida. Jagung merupakan 
   sumber yang kaya dengan antioksida yang 
   mampu melawan radikal bebas yang menyebab-
   kan kanser. Selain itu ia kaya
   dengan senyawa fenolik asam ferulic, agen
   anti-kanser yang sangat efektif dalam 
   memerangi ketumbuhan pada kanser
   payudara dan kanser hati.

7. Menurunkan kolestrol LDL. Pengambilan 
   minyak jagung dapat mengurangkan kolestrol 
   dalam darah dengan cara mengurangkan 
   penyerapan kolestrol oleh badan.

8. Melindungi dari diabetis dan darah tinggi. 
   Pengambilan jagung juga dapat membantu
   merendahkan paras gula dalam darah dan 
   ianya sangat efektif melawan tekanan darah 
   tinggi kerana kehadiran phenolic phyto 
   chemicals di dalam jagung.

          Itulah sebahagian daripada kebaikkan jagung untuk kesihatan kita. Khasiat jagung tidak terbatas jika dimakan begitu sahaja. Walaupun terdapat banyak kebaikkan dan khasiatnya, namun begitu perlulah mendapat nasihat dari pengamal perubatan untuk mengelakkan daripada kemudaratan di kemudian hari.


sumber-internet



Tiada ulasan:

Catat Ulasan