Isnin, 25 Jun 2012

Tanda2 Lemahnya Iman

            
          Assalamualaikum wrh wbr.....

    Bertemu lagi teman-teman semua. Semoga ceria-ceria selalu. Entri kali ini, sedikit tazkirah untuk diri saya dan teman-teman mengenai tanda-tanda lemahnya iman kita.


    Iman di hati diibaratkan sebuah kebun. Jika tidak disiram, maka layulah pokok-pokok di dalamnya. Jika tidak dibaja, maka lambatlah ia akan berbunga. Jika tidak diracun, dikhuatiri akan diserang oleh haiwan perosak. Jika dibiarkan begitu sahaja, akan tumbuhnya lalang-lalang yang liar. Kelak ia akan bertukar menjadi semak samun. Maka hendaklah selalu dijaga, disiram, diracun selalu agar ia sentiasa terpelihara di dalam diri kita. Insyaallah.....


Tanda-tanda iman semakin lemah:

1. Melakukan dosa tetapi tidak merasa
   bersalah.

2. Merasa susah untuk bangun bagi mengerjakan
   solat subuh.

3. Tiada rasa khusyu' dalam solat.

4. Asyik merungut dengan ketentuan takdir.

5. Tidak bersabar apabila menerima ujian.

6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja.

7. Meninggalkan Al-Quran tanpa dibaca.

8. Tidak endah apabila melihat manusia 
   melakukan maksiat hatta diri sendiri 
   pun turut melakukannya.

9. Tidak berasa bersalah apabila melakukan
   sesuatu yang bertentangan dengan ajaran 
   Islam.

10. Tidak merasakan apa-apa pun bila 
    mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

11. Menyuruh orang buat baik tetapi diri
    sendiri tidak mempraktikkannya.

12. Berasa senang atau gembira ketika ada
    sesuatu perkara buruk atau tiada kemajuan
    terjadi pada orang lain.

13. Hanya peduli haram dan haram sahaja,
    makruh dia tak ambil kisah.

14. Mentertawakan orang yang melakukan 
    kebaikan yang kecil misalnya
    membersihkan masjid.

15. Tidak peduli akan keadaan umat Islam.

16. Tidak berasa tanggungjawab untuk ikut 
    kemajuan agama Islam.

17. Menyukai berdebat walaupun tiada bukti 
    yang kukuh.

18. Menjadi lalai dan obses kepada diri
    sendiri.

sumber- internet



Tiada ulasan:

Catat Ulasan