Rabu, 31 Julai 2013

Kuih Samperit Pandan


       Assalamualaikum wrh...wbr...

     Salam bahagia semua teman-teman blogger. Saya rasa semua para ibu- ibu dan bapa-bapa mula membuat persiapan untuk hari raya yang bakal tiba nanti. Tak kurang juga para suri rumah juga sibuk membuat kuih raya.


     Di sini saya nak kongsikan resepi biskut samperit pandan yang saya cuba dari Naz@ Cut Oven, Small Kitchen. Memang sedap biskutnya. Terima kasih atas resepi biskut yang sedap ini.Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang.


Resepi Biskut Samperit Pandan

Bahan-bahan:

Bahan A
200 gm mentega
100 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan
1/2 tsp pewarna pandan

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad

Hiasan
coklat masakan putih (saya tak letak)
gula manik




Cara membuatnya:
1. Sebatikan bahan A.
2. Masukkan bahan B dan dan uli rata.
3. Gunakan acuan dan paipkan adunan 
   (potong adunan kepada 150 inci  setiap 
   satu.
4. Taburkan dengan coklat manik.
5. Bakar selama 15 minit dengan suhu
   160 C.
6. Biarkan sejuk baru dimasukkan ke dalam 
   bekas kedap udara. 

 

Khamis, 25 Julai 2013

Kuih Kaswi Kacang Hijau

Assalamualaikum wrh wbr....

    Salam bahagia kepada semua umat muslimin dan muslimat di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini semoga Ramadhan pada kali ini akan lebih bermakna pada diri kita semua. Rasanya dah setengah bulan lebih kita berpuasa.Hanya tinggal setengah bulan lagi untuk kita melakukan ibadah puasa. Terasa sung
            guh cepat masa berlalu.

   Walau apa pun jua, kali ini saya entrikan  masakan kuih kaswi kacang hijau yang saya cuba dari resepi Fiza LGK. Sebenarnya dah lama saya ingin mencuba resepi kuih kaswi kacang hijau ni. Cari punya cari, tak berkenan dihati. Tetiba terjumpa kat blog Fiza LGK. Teruslah saya cuba resepinya. Ternyata memang sedap kuihnya. Sebenarnya saya berikan sedikit kat jiran sebelah rumah bagi membalas bekasnya. Esoknya pula terus dia order. Ternyata memang sedap lah.... tu.
      
    Terima kasih Fiza LGK saya ucapkan atas resepinya. Minta izin ya saya letakkan resepinya kat sini pula untuk rujukan saya dihari akan datang.




Resepi Kuih Kaswi Kacang Hijau

Bahan-bahan:

Bahan A
200 gm tepung kacang hijau
400gm gula halus (boleh kurangkan jika tak        suka manis sangat)
150 gm tepung ubi
50 gm tepung beras
500 ml santan
400 ml air
1/2 sdk kapur makan
1 sdk garam

Bahan B
1 sdk pewarna hijau
1/2 sdk pewarna kuning

Bahan C
Kelapa parut (kukus sebentar supaya tidak  
   cepat basi)
sedikit garam




Cara menyediakannya:

1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. 
   Warnakan dengan pewarna hijau dan kuning, 
   kacau rata. Kemudian tapiskan.

2. Masukkan adunan di atas api dan kacau 
   sentiasa  hingga likat dan tidak berketul.

3. Seterusnya curahkan rata adunan  ke dalam 
   loyang dan kukus selama 35 minit.

4. Sejukkan pada suhu bilik, kemudian
   potong dan gaulkan dengan kelapa parut
   yang digaul dengan secubit garam.

   

Jumaat, 12 Julai 2013

Puding Roti Kukus


          Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam keceriaan di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini semoga beroleh keberkatan dan maghfirahnya.Hari ini dah masuk hari keempat kita melakukan ibadah puasa. Terasa cepatnya masa berlalu.


       Kelmarin saya buatkan puding roti kukus sebagai juadah berbuka puasa. Memandangkan ada lagi beberapa keping roti yang berbaki, daripada rosak begitu sahaja, maka saya buatkan puding roti kukus.Inilah ressepinya....





Resepi Puding Roti Kukus

Bahan-bahan:

4 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sdb gula
1 sdb esen vanila
2 sdb butter
sedikit kismis 

Cara membuatnya:

1. Masukkan telur, gula,esen vanila ke dalam 
   satu bekas dan kacau sehingga sekata.
   Masukkan susu cair dan kacau adunan
   sehingga sekata.
2. Sapu butter pada roti dan susun ke dalam 
   loyang.
3. Tuangkan adunan ke atas susunan roti dan 
   taburkan dengan kismis.
4. Kukus dengan api sederhana selama 20-25
   minit.
5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti 
   sejuk sebelum dihidangkan.

Selasa, 9 Julai 2013

Marhaban Ya Ramadhan


         Assalamualaikum wrh wbr.....

          Salam penuh keceriaan di bulan yang penuh keberkatan ini yaitu bulan Ramadhan Al Mubarok 2013 bersamaan 1434 Hijrah.



    
          Berpuasa adalah rukun Islam yang ke tiga yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam sebagaimana yang terdapat di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi:



         "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu,  semoga kamu bertakwa".          
      Selamat berpuasa saya ucapkan kepada teman-teman blogger semua serta saudara mara yang mengenali diri ini. Semoga Ramadhan kali ini akan penuh bererti buat kita semua. Mudah-mudahan kita akan dapat merasai kenikmatannya hingga jauh ke lubuk hati kita yang paling sunyi dan dalam.
      Inilah niat puasa serta doa ketika berbuka puasa untuk dijadikan sebagai amalan kita ketika berada di bulan Ramadhan.


        
           Selain itu juga kita digalakkan melaksanakan solat sunat tarawih serta melakukan ibadah-ibadah lainnya seperti solat sunat tahajud, tadarus Al-quran serta amalan-amalan yang lainnya kerana Allah akan melipat gandakan segala amalan kita ketika di bulan Ramadhan ini. Semaga segala amal ibadah kita akan diterima oleh Allah swt.... Insyaallah.





Isnin, 1 Julai 2013

Sup Tulang


           Assalamualaikum wrh wbr....

   Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia 
selalu. Kali ini saya ingin kongsikan mengenai masakan sup tulang pula. Lihat lah resepinya...





Resepi Sup Tulang

Bahan-bahan:


1 kilo tulang lembu
5 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 biji kentang 
1 batang lobak merah
Rempah empat sekawan (kulit kayu manis, 
   bunga lawang, bunga cengkih, buah 
   pelaga)
sedikit minyak untuk menumis
daun saledri (dipotong)
air untuk kuahnya

garam serta perasa secukupnya




Cara memasak:

1. Rebus tulang dengan air sehingga empuk.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis rempah 4 
   sekawan bersama bahan yang dihiris.
   Setelah garing, masukkan air rebusan
   tulang beserta tulang nya.

3. Masukkan ubi kentang serta lobak merah.
   Biarkan sehingga mendidih serta ubi 
   kentang empuk. Kemudian masukkan 
   garam serta serbuk perasa jika suka. 
   Akhir sekali masukkan daun sup. 

4. Taburkan bawang goreng. siap untuk di
   hidangkan.


Ahad, 23 Jun 2013

Kupang Goreng Berlada


          Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam bahagia kepada teman-teman blogger semua, semoga sihat-sihat sahaja hendaknya hari ini. Di musim panas serta berjerubu ni, perlu lah kita menjaga kesihatan kita semua. Perlu minum air yang banyak serta kurangkan kegiatan di luar rumah. Kalau tak sihat tu, dinasihatkan pergilah cepat-cepat ke klinik supaya sakit kita tu tak berpanjangan.

     
   Beralih kepada cerita masakan pula, hari ini saya cuba masak kupang pula. Alhamdulillah, rezeki juga sebenarnya ada seorang kawan yang bermurah hati berikan sekilo kupang. So, pikir punya pikir nak masak apa dengan kupang ni, jadi terjumpalah resepi kupang goreng berlada. Dah tak ingat dah dari mana sumbernya sbb resepi ni dah lama saya simpan. Walau apa pun jua, terima kasihlah atas penyumbang resepinya.



Resepi Kupang Goreng Berlada

Bahan-bahan:


1 kilo kupang
10-15 tangkai cili kering* (kalau nak pedas 
     boleh tambah)
2 biji bawang besar*
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 batang serai (dititik)
garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
serbuk perasa (jika suka)




Cara memasaknya:

1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar
   terlebih dahulu.

2. Tumis bahan-bahan kisar dengan 
   sedikit minyak hingga garing dan naik 
   minyak.

3. Masukkan  sebatang serai yang dititik, 
   masukkan garam gula serta serbuk 
   perasa. Gaul rata.

4. Masukkan kupang dan dikacau lagi.

5. Biarkan sehingga masak dan mendidih 
   dan kuahnya agak kering dan pekat 
   sedikit (ikut suka citarasa masing-
   masing).

6. Bila dah masak baru lah diangkat 
   untuk dihidangkan.



Sabtu, 15 Jun 2013

Peminat Upin Dan Ipin


            Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam mesra di pagi Ahad ini, semoga berbahagia selalu. Biasa lah hari minggu ni, hari yang penuh dengan santai-santai. Jadi, pagi ni  sempatlah bawa anak-anak pergi sarapan kat restoran Upin dan Ipin yang terletak kat seksyen 13, Shah Alam. Okey juga lah masakan kat restoran tu. Restoran tu letaknya berhadapan dengan pejabat Les Copaque je. Lihat kat luar bahagian bawah pejabat itu lukisan upin dan ipin yang cantik-cantik. Maka tak lepas lah peluang anak saya bergambar kat situ.






                  



           
Sebenarnya anak-anak saya ni, memang peminat upin dan ipin. Hampir setiap petang mesti tengok cerita tersebut. Tak pernah jemu-jemu menonton cerita Upin Ipin walaupun cerita tu ditayangkan berulang-ulang kali. Itu lah anak-anak zaman sekarang.