Rabu, 19 September 2012

Kuih Seri Muka Gula Merah

           
              Assalamualaikum wrh wbr.....

   Salam bahagia untuk semua yang sudi singgah kat blog ini. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Entri kali ini mengenai kuih seri muka gula merah yang saya cuba buatkan malam tadi. Alhamdulillah, rasanya sedap sangat. Pulutnya pun sangat lembut. Kuih ni tak lah berapa manis sangat, yang sedang-sedang saja. Kuih ini menggunakan loyang 10x10x3. 


    Jadi kepada kawan-kawan yang ingin mencuba, inilah resepinya...




Resepi Kuih Seri Muka Gula Merah

Bahan-bahan:

Bahagian bawah:


600 gm beras pulut
600 ml santan
2 tsp garam


Panaskan air dalam pengukus. Beras direndam selama sekurang-kurangnya 3 jam atau lebih. Sapukan minyak di sekeliling loyang. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas kedalam loyang dan kukuslah selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak rata. Kemudian tekan-tekankan supaya ia padat.





Bahagian atas:

100 gm tepung kastad
150 gm gula merah
150 gm gula putih
50 gm tepung gandum
1000 ml santan
sedikit garam
5 biji telur
1 tsp air abu
1/2 tsp esen vanila

Satukan kesemua bahan-bahan di atas, masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap. Kemudian masukkan ke dalam pulut yang sudah masak tadi. Kukus selama 35 minit.




Selasa, 18 September 2012

Khasiat Tauge

       
       Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam sejahtera kawan -kawan semua. Seperti mana yang kita ketahui bahawa sayur tauge adalah sejenis sayuran yang paling tidak disukai oleh kita kerana sayur yang kurang sedap. Ianya juga sayuran yang paling murah berbanding dengan sayur-sayur lain. Justru sayur yang paling murah inilah yang mempunyai banyak khasiat.




Khasiat dari sayur tauge:

1. Sayur ini mampu menyumbang kepada 
   kesuburan lelaki dan wanita. Bagi lelaki  
   mampu membuatkan sperma yang di-
   hasilkan oleh golongan ini makin baik.
   Begitu juga wanita, mampu membantu 
   kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Tauge dari jenis kacang hijau, alfalfa 
   mengandungi banyak unsur fitakimia
   yang berkhasiat. Salah satu daripadanya 
   ialah Kanavanin (Canavanine) sejenis 
   asid amino, mampu melumpuhkan bibit 
   kanser leukimia usus besar dan pankreas.

3. Mempunyai estrogen yakni dapat meningkat-
   kan kepadatan dan susunan tulang, serta 
   mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

4. Bagi wanita, dapat membantu menghindar 
   dari kanser payudara, gangguan menjelang 
   menstruasi, simptom pra-monopous dan
   gangguan akibat monopous.

5. bagi mereka yang berisiko penyakit strok 
   dan serangan jantung, kadar lemak darah
   yang tinggi dianjurkan lebih banyak 
   mengambil tauge kerana dapat menghalau
   "lemak jahat" LDL tanpa mengganggu lemak 
   baik HDL.

6. Selain sarat DNA, tauge padat dengan anti 
   oksida yang kuat yang menghalang tubuh 
   dari radikal bebas perosak sel DNA. Tauge
   merupakan sayuran yang menjadika
   anda lebih muda.

7. Dapat membantu membuang kotoran 
   dalam usus besar kerana ia mengandungi 
   banyak serat dan air. Inilah yang  menjadi 
   tunjang utama tauge dalam memerangi
   sel kanser.

8. Apabila kotoran segera meninggalkan 
   usus besar, tidak ada lagi zat-zat berlaku
   dalam kotoran yang dapat diserap oleh 
   tubuh. Ia dapat mencegah pengumpulan 
   bahan beracun yang dapat merangsang
   benih kanser.
           
         Selepas melihat kebaikkan-kebaikkan yang terdapat dalam sayur tauge ini, maka janganlah ragu-ragu lagi mengambil ia sebagai menu harian kita.



Jumaat, 14 September 2012

Agar-agar Santan Gula Merah

         
       Assalamualaikum wrh wbr....

     Hai kawan-kawan semua, semoga semuanya berada dalam kebahagiaan selalu hendaknya. Di hari yang panas terik ni, kalau dapat makan akan minum benda- benda yang meyejukkan tekak.... baru best. Terfikir-fikir apa bendanya.... Teringat pula puding atau agar-agar. Bila tengok stok agar-agar masih ada, jadilah masak agar-agar santan gula merah. Lihatlah resepinya....






Resepi Agar-agar Santan Gula Merah

Bahan-bahan:

10 gm agar-agar tali
3 cawan air 
2 cawan santan
1 biji telur
1/4 cawan gula merah
3/4 cawan gula putih
1 helai dain pandan
sedikit esen vanila
sedikit garam

Cara memasaknya:

1. Masak agar-agar bersama 3 cawan air
   sehingga larut. Masukkan gula merah, gula
   putih serta daun pandan. Biarkan lagi
   sehingga gula larut.
2. Masukkan telur kedalam mangkuk santan.
   Dikacau sedikit dengan whisk.
3. Apabila agar-agar sudah mendidih masukkan 
   santan yang telah dicampur degan telur.
   Dikacau-kacau. Masukkan garam dan sedikit
   esen vanila.
4. Angkat dan masukkan ke dalam loyang atau
   acuan yang disukai. Biarkan sehingga agak
   sejuk. Barulah dimasukkan ke dalam peti
   ais. Bila dah betul-betul sejuk barulah
   dipotong.



Rabu, 12 September 2012

Nasi Lemak

           
          Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia kepada teman-teman semua. Dah lama juga tak masak nasi lemak. Entah mengapa hari ini teringin pula nak makan nasi lemak. So, apa lagi tengok bahan-bahan semuanya dah ada. Terus lah memasak. Menu untuk hari ni, nasi lemaklah jawab nya. Mari kita tengok resepinya...






Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan nasi lemak:

2 cawan beras
1 cawan santan 
1 cawan air
2 helai daun pandan
2 inci halia di hiris
garam secukup rasa

Cara memasaknya:

1. Cuci beras dan toskan. Masukkan semua
   bahan-bahan ke dalam periuk. Jerangkan 
   di atas api dapur atau dimask di dalam 
   rice cooker.
2. Bila dah masak barulah dikacau.

Sambal Ikan Bilis


Bahan-bahan:

segenggam ikan bilis
15 biji cli kering di kisar
5 ulas bawang kecil (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
air asam jawa
sedikit belacan
gula dan garam secukup rasa
1 labu bawang besar dihiris bulat

Cara memasaknya:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih 
   sehingga garing. Masukkan cili kisar, 
   masak sehingga naik minyak.
2. Masukkan belacan dan air asam jawa. 
   Jika terlalu pekat, tambahkan air.
3. Masukkan ikan bilis. Biarkan sehingga 
   mendidih. Kemudian masukkan garam dan 
   gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan bawang hiris. 
   Biarkan sekejap barulah diangkat untuk 
   dihidangkan.

Bahan sampingan lain:

    ikan bilis goreng
    kacang tanah goreng 
    hirisan timun
    telur rebus


Selasa, 11 September 2012

Ikan Siakap Kukus

       
             Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam penuh keceriaan untuk kawan-kawan semua, tak kira walaupun di mana berada, semoga berbahagia hendaknya. Kali ini saya telah mencuba memasak ikan siakap kukus yang saya ceduk resepinya dari Dapur Dayangjack. Okey, sedap masakannya. Oleh kerana, tumis menumis tidak dibenarkan dirumah, kerana tiga orang dari anak saya demam chickenpop. Maka terpaksalah masak yang rebus atau kukus sahaja. Maka tercari-cari lah resepi kukus mengukus. So... terbekenanlah dgn masakan ikan siakap kukus dari dapur DAYANGJACK. Maka saya cubalah.... Terima kasih atas resepinya, izinkan saya copykan kat sini...




Resepi Ikan Siakap Kukus:

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
2 batang serai (diketuk)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
5 biji cili padi (diketuk)
2 biji tomato (dihiris dadu)
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos tiram atau sos ikan
sedikit air
sedikit daun sup atau daun ketumbar

Cara memasaknya:

1. Sediakan pengukus. Jerang airnya dengan
   api sederhana. Sediakan bekas tahan panas
   atau loyang.
2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian 
   letak di dalam bekas tadi. Kemudin tabur-
   kan hirisan bawang putih, halia dan serai. 
   Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, 
   satukan sedikit air bersama sos ikan/ sos 
   tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan 
   tomato serta air yang dicampurkan dengan
   sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili
   padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin 
   bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama
   2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
6. Hidang dan sedia untuk dinikmati bersama 
   nasi putih.




Isnin, 10 September 2012

Kesilapan Ibubapa dalam mendidik Anak-anak


         Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam sejahtera kepada teman-teman semua. Semoga berada dalam keceriaan selalu. Anak adalah anugerah yang dititipkan oleh Allah kepada kita. Maka kita hendaklah mendidik anak-anak kita dengan sebaik-baiknya agar anak-anak kita mendapat pendidikan dengan sewajarnya.


     Di dalam kita mendidik anak-anak kadangkala kita melakukan kesilapan. Menurut pakar motivasi Dr. Hassan Hj. Mohd Ali, ada 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak, iaitu:

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan  

   mengenai zuriat.

2. Perhubungan suami isteri tanpa memper-
   hitungkan zuriat.

3. Kurang berlemah-lembut terhadap anak-anak.

4. Memaki hamun sebagai cara menegur 
   kesilapan anak-anak.

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan 
   yg disaji untuk anak-anak.

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu 
   mereka sedang makan.

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok
   ketika makan.

8. Membeza-bezakan kasih-sayang terhadap 
   anak-anak.

9. Kurang melahirkan kasih-sayang.

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka
    pergi dan pulang dari sekolah.

12. Tidak memperkenalkan anak-anak dgn 
    konsep keadilan.

13. Tidak memberatkan pendidikkan agama 
    di kalangan anak-anak.

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran
    anak-anak.

15. Tidak programkan masa rehat dan 
    riadhah anak-anak.

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan 
    suasana suka membaca.

17. Mengizinkan anak menjamah makanan 
    atau minuman yang tidak halal.

18. Tidak tunjuk contoh tauladan yang 
    baik di hadapan anak-anak.

19. Jarang meluangkan masa atau bergurau 
    senda dengan anak-anak.

20. Terdapat jurang komunikasi di antara 
    ibubapa dan anak-anak.

21. Tidak enggunakan bahasa yang betul.  

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di 
    hadapan anak-anak.

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi
    syarat.

25. Memberi kebebasan yang berlebihan 
    kepada anak-anak.

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak. 

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat
    terhadap anak-anak.

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti
    anak-anak.

29. Tidak memupuk semangat membaca di 
    kalangan anak-anak.

30. Tidak berminat melayan pertanyaan 
    atau kemusykilan anak-anak.

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah 
    fikiran anak-anak.

32. Lambat memberi penghargaan kepada 
    anak-anak.

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang di
    lakukan oleh anak-anak.

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan 
    kesalahan yang dilakukan.

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yg
    dilakukan anak-anak.

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman 
    ke atas anak-anak.

38. Memberi nasihat yang sama kepada 
    anak-anak.

39. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup 
    bekerjasama.

       Demikianlah kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar. Oleh itu, waspadalah kita dalam mendidik anak-anak agar kesalahan-kesalahan seperti ini tidak dilakukan oleh kita sebagai ibubapa.



 

Jumaat, 7 September 2012

Kurma Kambing

           
           Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam ceria untuk anda semua, semoga sihat selalu. Entri kali ini mengenai masakan kurma daging kambing. Memandangkan stok daging masih ada lagi dalam simpanan, maka saya masakkan kurma daging. Biasanya bila dengar je... daging kambing, mesti orang takut nak makan sebab panas atau orang yang punyai tekanan darah tinggi, tekanan darahnya akan naik. 


    Petuanya kalau nak masak daging kambing, masaklah dengan buah kundur supaya tak panas. Tapi kali ini saya letakkan ubi kentang sahaja. Mari kita lihat resepinya...



Resepi Kurma Daging Kambing

Bahan-bahan:


1 kilo daging kambing- dipotong kecil
5 biji kentang dipotong
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 sdb serbuk kurma - dibancuh dgn sedikit air
1 biji kelapa diambil santan
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntun bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 keping asam keping
2 biji cili merah dibelah 2
1 biji bawang besar dibelah 4
garam serta perasa

Cara membuatnya:


1. Bahan yang bertanda * dihiris halus.

2. Panaskan minyak, masukkan kulit kayu 
   manis, bunga lawang, bunga cengkih dan
   buah pelaga. Kemudian tumis bahan yang 
   dihiris halus.

3. Masukkan rempah kurma, biar hingga naik 
   minyak. Dikacau sekali sekala supaya 
   tidak hangit. 

4. Masukkan daging kambing, biarkan 
   mendidih. Kemudian masukkan kentang. Biar
   mendidih sekejap, barulah masukkan santan.
   Masukkan asam. 

5. Tunggu sehingga daging dan kentang empuk, 
   baru masukkan garam serta perasa. Akhir
   sekali masukkan bawang serta cili. Bila 
   semuanya sudah masak angkat serta 
   hidangkan. Sedap dimakan dengan nasi 
   panas serta acar timun.