Jumaat, 27 Julai 2012
Puding Roti Neslo
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam penuh keceriaan untuk semua teman di alam maya ini. Semoga sihat semuanya. Kali ini saya nak kongsikan masakan puding roti neslo yang saya cuba dari resepi KAK HANA. Okey juga rasa pudingnya.... sedap. Memandangkan roti kat rumah ni masih berbaki , jadi sebelum ianya rosak begitu sahaja maka saya cuba buatkan puding roti tersebut. Tetapi puding yang saya buatkan, marblenya kurang cantik. Saya gunakan loyang 5x5x3 inci. Terima kasih Kak Hana atas repinya. So, izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan saya bila ingin cuba buatkan puding ni di lain kali. Kita semak resepi dulu....
Resepi Puding Roti Neslo
Bahan-bahannya:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gm agar-agar
1/2 cawan gula
2 sudu besar marjerin/ butter (dicairkan)
3 1/2 cawan air
1 sdb esen vanila
1 sdk garam
2 sdb nescafe (dibancuh dgn sedikit air)
- saya guna 1 sdk sahaja
2 sdb milo (dibancuh dgn sedikit air)
Cara memasaknya:
1. Didihkan 3 cawan air, agar-agar serta gula
dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekst, susu cair
dan blend 1/2 cawan air tadi. Kemudian
masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah
dididih tadi.
3. Masukkan marjerin, esen vanila serta garam
dan kacau rata sampai mendidih lagi.
Matikan api.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian
adunan biarkan warna asal dan satu adunan
lagi masukkan serbuk nescafe dan milo yang
dibancuh (agar tak berketul).
5. Ambil sesenduk warna putih dan tuang di
tengah-tengah loyang. Kemudian ambil
sesenduk warna coklat, tuang atas warna
putih tadi. Biarkan puding gerak sendiri
ke tepi, tak payah ratakan atau dikacau.
Ulang semula warna putih dan buat hingga
habis. Ketika melapis buat dengan cepat
kerana puding cepat membeku.
6. Bila dah siap simpan dalam peti sejuk
sekurang-kurangnya sejam.
Khamis, 26 Julai 2012
Khasiat Epal Hijau
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh ceria buat semua. Kali ini saya ingin kongsikan khasiat buah epal hijau untuk panduan diri saya. Mungkin tak semua orang yang tahu tentang khasiatnya. Rasa buahnya yang sedikit kemasaman adalah baik untuk kesihatan. Juga buah epal ini sangat baik untuk orang yang ingin menurunkan berat badan seperti saya. Selain itu ia juga mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
Epal hijau ini mempunyai pelbagai zat di dalamnya termasuklah zat kalsium sodium, vitamin A, vitamin B, vitamin C serta mempunyai serat yang mudah larut jika dimakan bersama kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
1. Pembinaan kolestrol dalam dinding salur
darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah
bahan kimia pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular
dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Membantu mengurangkan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Membantu membersihkan saluran usus dan
pembuangan toksin dengan pantas menerusi
sistem pencernaan.
Tips untuk mereka yg mempunyai masalah penghadaman atau sembelit, kisarkan epal bersama saleri, diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ianya dapat membersihkan usus serta membuang toksik dgn pantas melalui sistem pencernaan.
Tips untuk kacantikkan pula, epal hijau ini boleh dijadikan penyegar kulit wajah. Caranya dengan merendam potongan buah epal ke dalam air batu selama lima minit. Selepas itu letakkan di muka lebih kurang 15 minit. Kesegaran akan dapat dirasakan. Sekiranya diamalkan selalu, ia boleh melicinkan kulit.
sumber : internet
Kuih Sagu Merah
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia, semoga ceria selalu. Kali ini saya nak kongsikan mengenai kuih sagu merah. Kuih ni memang kesukaan saya dan keluarga. Saya buatkan untuk juadah berbuka puasa. Kuih ni menggunakan loyang 8x8. Kuihnya memang senang sangat nak dibuat. Biasanya saya kukus kuih ni. Kita semak resepinya...
Resepi Kuih Sagu Merah
Bahan-bahan:
300 gm sagu
400 ml air
200 gm gula putih
sehelai daun pandan
pewarna sirap ros merah
1/2 biji kelapa putih muda
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Sagu direndam terlebih dahulu lebih kurang
10 minit supaya kembang.
2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga
mendidih.
3. Masukkan sagu dikacau perlan-lahan.
4. Masukkan pewarna sirap ros merah.
5. Bila sagu dah masak, baru dituangkan ke
dalam loyang.
6. Kukus selama 30-40 minit atau sehingga
sagu nampak jernih.
7. Angkat dan sejukkan.
8. Potong setelah ia sejuk. Salutkan atau
gaulkan dengan kelapa parut muda yang
digaul dengan sedikit garam. Siap untuk
dihidangkan.
Kerabu Epal Hijau
Assalamualaikum wrh...wbr...
Salam sejahtera kepada semua semoga ceria selalu dibulan Ramadhan yang panuh keberkatan ini. Kali ini saya ingin kongsikan masakan kerabu epal hijau. Memandangkan buah epal pun masih ada lagi dalam simpanan, maka saya pun mencubalah resepi ini. Resepinya sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Bahkan rasanya pun sangat sedap.
Saya perolehi resepi ini dari INAZAMBREE kalau tak salah. Terima kasih atas resepi ini dan izinkan saya letakkan resepinya di sini...
Resepi Kerabu Epal Hijau
Bahan-bahan:
3 biji epal hijau *
segenggam udang kering (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
1 batang serai*
5 helai daun limau perut*
6 biji cili api*
Perahan limau/ lemon
Garam dan gula secukup rasa
sedikit kacang tanah (digoreng tanpa minayk
dan ditumbuk)- saya tambah
Cara membuatnya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dihiris halus.
2. Campurkan semua bahan-bahan tersebut.
Digaul rata agar bercampur.
3. Akhir sekali taburkan dengan kacang tanah
yang ditumbuk tadi. Siap untuk
dihidangkan.
Selasa, 24 Julai 2012
Kuih Lepat Pisang
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam Ramadhan diucapkan kepada teman-teman semua. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn sempurna di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Entri kali ini mengenai masakan kuih lepat pisang. Memandangkan pisang masih banyak dalam simpanan, sebelum ia rosak begitu sahaja maka saya cuba buatkan lepat pisang untuk juadah berbuka puasa. Kali ini saya mencuba kuih lepat pisang Che Mat Gebu.
Alhamdulillah sedap sangat lepat pisangnya. Terima kasih CMG atas sumbangan resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk panduan dan rujukan saya di masa akan datang.
Resepi Lepat Pisang
Bahan-bahannya:
700gm pisang yang dibuang kulit
70gm gula melaka dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (klp yg berkulit basah)
3/4 sdt baking powder
1 cawan + 2 sdb tepung gandum
secubit garam
daun pisang secukupnya (cuci dan layur,
potong ikut saiz yang sesuai).
Cara membuatnya:
1. Pisang dilecek bersama gula, garam dan
baking powder hingga hancur. Tambah kelapa
parut dan tepung sedikit demi sedikit
sambil digaul hingga habis. Kacau rata.
2. Sudukan 2 sudu besar adunan tadi atas daun
pisang yang telah disediakan. Rastakan dan
bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat
hingga siap (menghasilkan lebih kurang
16-17 biji kuih ikut saiz daun pisang
masing-masing.
3. Masukkan dalam pengukus dan kukuslah
sehingga masak selama 20 minit. Sejukkan
kuih dahulu sebelum dihidangkan.
Jumaat, 20 Julai 2012
Tumis Sayur Sawi Putih
Assalamualaikum wrh wbr...
Bertemu lagi dengan kawan-kawan semua. Kali ini entri mengenai masakan sayur tumis sawi putih. Sayur ni kalau dimasak kena dengan gayanya, memang sedap dimakan. Lihat dulu resepinya...
Resepi Tumis Sayur Sawi Putih
Bahan-bahan:
3 batang pokok sawi putih
3 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
4 biji cili api *
sejemput ikan bilis *
2 sdb sos tiram
garam dan gula secukupnya
Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk
halus.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 hingga 3 sdb
minyak masak. Tumiskan bahan-bahan
yang ditumbuk hingga garing.
3. Masukkan sayur sawi. Kacau-kacaukan ia.
Masukkan sos tiram, garam , gula
secukupnya. Bila sayur dah sedikit layu
barulah diangkat.
Kari Ikan Talang Masin Dengan Nenas
Assalamualaikum wrh...wbr...
Bertemu lagi di kali ini, semoga teman-teman sukses semuanya. Entri kali ini mengenai masakan kari ikan masin, tetapi tumis darat iaitu kita tumis bahan tumisnya di akhir masakan kari tersebut. Berbeza dgn masakan yang lain, ditumis di permulaan masakkan. Sedap sangat.... kalau makan tak cukup sepinggan, mesti nak tambah lagi. Marilah kita lihat resepinya dulu....
Bahan-bahannya:
500 gm ikan talang masin dipotong-potong,
dicampur tulang dan isinya
3 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan air
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 biji nenas dihiris nipis
2 1/2 cawan santan
3 sdb air asam jawa (bergantung kepada
kemasaman nenas)
garam secukup rasa
Bahan-bahan tumis darat:
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai daun kari
Bahan yang bertanda * dihiris halus
Cara memasaknya:
1. Bancuh rempah kari serta bawang merah
yang ditumbuk dengan secawan air.
Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas
api hingga mendidih.
2. Masukkan ikan talang serta nenas dan masak
lagi biar kan mesra dengan rempah.
3. Masukkan santan, biarkan sehingga
mendidih.
4. Masukkan garam dan air asam jawa. Rasa
dulu, kalau dah cukup masam dan masinnya,
tutupkan api.
5. Di dalam kuali panaskan lebih kurang dua
hingga 3 sdb minyak masak, tumiskan bahan
yang dihiris tadi hingga kekuningan atau
garing.
6. Tuangkan bahan tumis serta minyak sekali
di dalam periuk kari tersebut. Kacau-
kacaukan ia agar bercampur dengan kari.
Hasilnya mengeluarkan bau yang sangat
enak. Siap untuk dihidangkan.
Langgan:
Catatan (Atom)