Khamis, 3 Jun 2021

Sayur Lemak Tauge

 Assalamualaikum semua...

Selamat petang... semoga anda sihat juga ya hari ni.

Hari ni saya hanya masak tauge masak lemak je untuk makan tengahari ni. Sayur yang orang paling tak suka, tapi banyak khasiatnya. Tapi kalau dimasak kena dengan padanannya, mau berpinggan juga habis nasi.


Resepi Masak Lemak Tauge

Bahan-bahan:

tauge

santan

1 keping tauhu (dipotong)

sedikit ikan bilis

garam 

gula

bawang merah (dihiris halus)

cili merah (dihiris)


Caranya:

1. Masukkan tauge, santan, bawang merah, tauhu, ikan 

   bilis ke dalam periuk. Kemudian masak hingga 

   mendidih. Kacau selalu supaya santan tidak pecah.

2. Masukkan gula, garam serta serbuk perasa jika suka.

3. Akhir sekali masukkan cili potong.

4. Bila dah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas bersama ikan goreng serta ulam-ulaman.



2 ulasan:

  1. Masak lemak putih taugeh dengan tauhu ni memang lauk kegemaran! Tambah ikan goreng, ulam dan sambal tu memang dah cukup lengkap untuk jamu selera. Sedap sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... sedap sangat, sampai bertambah-tambah nasinya.

      Padam