Khamis, 24 Jun 2021

Roti Jala Kari Ayam

 Hai sahabat Diari Diela...

Assalamualaikum wrh wbr...

Semalam masak kari ayam, ada lebihan kari ayam semalam yang masih berbaki. Jadi saya buatkan roti jala untuk dimakan bersama kari ayam semalam.

Kari ayam semalam memang sedap kalau kita makan bersama roti jala ke, roti gardenia ke atau roti canai sekali pun sebab kari yang dah semalam tu bahan2nya dah mesra dgn ayam yang kita masak. Jom tengok resepinya...






Resepi Roti Jala

Resepi:
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan 
1 biji telur
1 sdt garam
3 sdb minyak masak
pewarna hijau
perisa pandan



Cara membuatnya:

1. Gaul semua bahan, kemudian blender hingga sebati. 
   Kemudian tapiskan.
2. Masukkan kedalam botol acuan.
3. Panaskan kuali non stik, kemudian kiraikan roti 
   seperti jala. Biarkan dua hingga tiga minit. 
   Bila roti dah masak, angkat dan gulungkan.



Resepi Kari Ayam

Bahannya:
500 gm ayam
santan
rempah kari daging
kerisik
bawang merah (dihiris halus)
bawang putih (dihiris halus)
halia (dihiris halus)
rempah 4 sekawan
daun kari
minyak untuk menumis
kentang

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan, kemudian 
   masukkan bahan hiris. Biar hingga layu.
2. Masukkan pula rempah kari daging, biar sebentar 
   kemudian masukkan ayam. Kacau hingga sebati 
   dengan rempah.
3. Masukkan lgi kentang serta kerisik. Kacau lagi 
   hingga ayam menngeluarkan airnya.
4. Masukkan air serta santan. Masukkan santan. Masak 
   hingga kentangnya empuk.
5. Bila kentang dah empuk perasakan den garam 
   serta serbuk perasa jika suka. Bila sudah secukup 
   rasa, barulah diangkat untuk dihidangkan.




1 ulasan:

  1. Sedapnya roti jala kari ayam. dapat jamu mata pun jadilah hehehehee.

    BalasPadam