Selasa, 16 Ogos 2016
Sup Ayam Hadnyai
Assalamualaikum wrh... wbr...
Selamat petang semua... semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini saya entrikan mengenai masakan sup ayam hadnyai. Boring asyik masak sup biasa saja, teringin pula nak merasa keenakan sup hadnyai ni. Sebenarnya dah pernah makan sup kat Hadnyai sewaktu berkunjung ke sana tempohari. Masyaalah tak terkata pedasnya, sampai berair air mata. Mungkin orang kat sana suka makan masakan yang pedas-pedas agaknya.
Sewaktu menumis bahan kisar pun dah berbau harum semerbak satu rumah. Memang sedaplah supnya kalau dihirup panas-panas. Ramai blogger masakan sudah mencuba memasak sup ayam hadnyai ni, saya je yang ketinggalan. Saya ambil resepinya dari blog Zila Forever.
Resepi Sup Ayam Hadnyai
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong-potong)
7 cm lengkuas (dihiris dan ditumbuk sedikit
supaya pecah)
5 batang serai ( dititik)
2 sdb ketumbar, 1 sdk jintan manis, 1 sdk
jintan putih (ditumbuk lumat)
rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
daun sup
daun bawang
daun sadri @ batang sadri.
Cara memasaknya:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah,
cabai, ketumbar, halia, jintan manis,
jintan putih, bunga lawang, buah
pelaga,kulit kayu manis, bunga cengkih,
lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau
semerbak mewangi dan harum.
2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong
mengikut citarasa ke dalam bahan tumisan
tadi,dan gaulkan sehingga rata dan
tutupkan tudung seketika. Biarkan selama
5 minit. Kemudian masukkan batang sadri.
3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga
menggelegak.
4. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit
gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
5. Hiriskan daun sup, daun bawang, sadri dan
taburkanpada hidangan. Perahkan sedikit
limau nipis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan