Rabu, 17 Ogos 2016

Laksa Johor lagi


          Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia semua... semoga anda semua sentiasa ceria selalu hendaknya. Gara-gara terliur dengan entri laksa johor yang dipaparkan oleh Zila Forever, jadi saya pun mencuba juga resepinya. Memang sedap rupanya laksa johor ni. Biasanya kalau kat belah utara laksa kuah lemak je. Dimakan bersama ulam-ulaman. Tapi laksa johor makan dengan salah satunya hirisan kacang panjang. Best jugak.

     Terima kasih Zila Forever di atas perkongsian resepinya ini. Kali ini saya copykan resepinya disini pula ya untuk rujukan saya nanti.
 

Resepi Laksa Johor

Bahan-bahan:

1 paket spagetti (makan utk 10 orang)
1 kg ikan selayang ( dicuci, direbus dan diambil isinya)
3/4 cawan rempah kari ikan
1/2 cawan cili kering yang dikisar
3/4 cawan udang kering (cuci bersih, kering dan dikisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 sdb kerisik
garam serta sebuk perasa secukup rasa
 

Bahan kisar:

5 batang serai
2 inci halia 
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam-ulam:

Timun 
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
kacang panjang 
limau kasturi
lobak asin
 
Cara memasaknya:

1. Ikan dibersihkan, kemudian direbus. Ambil
   isinya, air rebusan ikan disimpan. Kisar
   isi ikan bersama air rebusan ikan tadi.
   Ketepikan.

2. Panaskan periuk, masukkan 1/2 cawan
   minyak, kemudian tumis bahan kisar.
   Biarkan sehingga naik bau. Masukkan pula
   rempah kari dan goreng laju selama satu 
   minit. Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan
   5 minit. 

3. Selepas itu masukkan cili kisar dan 
   biarkan sehingga keluar minyak. Bila 
   terbit minyak masukkan pula masukkan ikan
   yang telah dikisar. Kacau rata, masukkan 
   santan dan air. Bila sudah mendidih
   masukkan udang kering dan kerisik.

4. Kuah laksa johor agak pekat, jadi pandai-
   pandailah mengagak airnya supaya tidak 
   terlalu cair. 





Spaghetti

Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga  hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

Ulam ulam

Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh. 

Sambal belacan

Cili kering - rebus Belacan bakar Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang

Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.



1 ulasan: