Khamis, 12 Februari 2015

Asam Pedas Ikan Bawal


     Assalamualaikum wrh...wbr...

    Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu di ketika ini. Kali ini saya entrikan mengenai masakan asam pedas ikan bawal. Oleh kerana isi ikan bawal masih berbaki lagi di dalam peti sejuk, maka saya masakkan asam pedas. Dah lama tak makan asam pedas, bila nengok cerita drama Asam Pedas Untuk Dia, teringin pula rasanya nak makan nasi berlaukkan asam pedas.


Resepi Asam Pedas

Bahan-bahan:
3-5 ketul ikan (apa-apa ikan pun boleh)
10-20 biji cili kering (diblender)
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
sedikit kunyit hidup*
1 biji tomato 
kacang bendi 
1 biji terong
sedikit belacan
air asam jawa secukupnya
daun kesom
garam dan gula
sedikit minyak masak untuk menumis


Cara memasak:
1. Bahan yang bertanda * ditumbuk sehingga
   lumat.
2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan
   kisar. Dikacau sebentar, masukkan cili
   kisar serta belacan. Masak sehingga naik
   minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. 
   Masukkan ikan, kacang bendi, terung serta 
   daun kesum. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan tomato, garam, gula serta perasa 
   jika suka.
5. Bila sudah cukup rasa, barulah diangkat 
   untuk dihidangkan.


6 ulasan:

  1. Menu asam pedas mmh sy tekleh tinggal kak ..hihii sebulan sekali mesti buat kebiasannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun Rohah.... kalau kerap sangat masak asam pedas jemu pulak nanti.....kan.

      Padam
  2. Cheq da follow di sini....terima kasih sudi jenguk blog cheq da...sedap asam pedas tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak Cheq Da..... sudi singgah sini.

      Padam
  3. awak di tag.. http://primrosebunga.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dyan sudi tag akak. Teringin nak join tapi tidak memenuhi syarat, tak ada instagram.

      Padam