Jumaat, 21 November 2014

Tauge Goreng


    Assalamualaikum wrh... wbr....

       Salam di Jumaat yang penuh barokah ini, semoga teman-teman semua beroleh keberkatan di hari ini.Hari ini saya entrikan mengenai masakan sayur tauge goreng. Ramai orang yang tak suka makan tauge ni. Tauge merupakan sayur yang paling murah berbanding sayur-sayur lain.
       Tetapi sayur tauge ni mempunyai banyak khasiatnya seperti mencegah kanser, awet muda kerana mempunyai antioksida,selain itu ia dapat membuang kotoran dalam usus besar.Dan bermacam-macam lagi manfaatnya jika kita selalu makan sayur tauge ni.

       Macam-macam kita boleh masak dengan sayur tauge ni seperti sayur tumis, masak lemak, kerabu, dibuat ulam mentah dan sebagainya.
     
Resepi Tauge Goreng

Bahan-bahan:
tauge
sedikit daun kucai (dipotong)
4 ulas bawang merah(ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sebiji cili merah (ditumbuk)
sedikit ikan bilis (ditumbuk)
garam dan gula secukup rasa
sedikit sos tiram
sedikit kicap
sedikit minyak untuk menumis



Cara memasaknya:
1. Panaskan miyak, tumis bahan tumbuk hingga 
   garing.
2. Masukkan sos tiram,sedikit kicap serta 
   gula dan garam.
3. Masukkan tauge serta daun kucai, goreng 
   sekejap.
4. Rasakan ia, jika dah cukup rasa bolehlah 
   diangkat untuk dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan