Ahad, 16 November 2014

Kari Ketam Bersama Nenas


     Assalamualaikum wrh... wbr....

     Salam bahagia teman-teman semua, semoga anda semua ceria-ceria selalu di hujung minggu ini. Hari ini saya masak kari ketam bersama nenas. Kebetulan hari ini my hubby rajin pula ke pasar tani stadium, mungkin dia teringin nak makan katam agaknya.Lalu dibawa balik ketam bersama nenas. Jadi saya masak kari ketamlah untuk hidangan tengahari ini.



Kari Ketam bersama Nenas

Bahan-bahan:
1 kilo ketam
1 biji nenas (dihiris )
santan dari sebiji kelapa
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 pelepah daun kari
3 bungkus rempah kari ikan
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang 
   merah, bawang putih serta daun kari. 
   Bila sudah garing masukkan rempah kari. 
   Biarkan sehingga naik minyak.
2. Masukkan ketam serta nenas. Dikacau 
   sekejap, kemudian baru masukkan santan. 
   Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan garam serta perasa. Rasakan ia,
   bila dah secukup rasa barulah ditutupkan 
   apinya.
4. Sedia untuk dihidangkan.


4 ulasan:

  1. bestnya..tak pernah lak buat kari ketam campur nanas..kena cuba ni..terliur dah tengok..huhu

    BalasPadam
  2. ketam feberetku..lama wana x makan ketam ni..

    BalasPadam
  3. sedapnya... tak pernah makan lagi kari ketam dengan nenas.

    BalasPadam
  4. ketam fav sy jgk..salam kenal..tq sudi sggh di blog ye..

    BalasPadam