Rabu, 3 September 2014

Pulut Serunding Kelapa


     Assalamualaikum wrh... wbr....

     Salam bahagia teman-teman semua. Memandangkan beras pulut sudah lama tersimpan, so tercari-cari apakah resepi yang boleh dimasak menggunakan beras pulut. Lihat kat dapur Yati Memories, teringin pula nak merasa makan pulut serunding kelapa. Jadi saya cubalah masak pulut serunding kelapa hari ini. Ternyata memang sedaplah pulut serunding ni. Tapi tak bolehlah makan pulut banyak sangat, merasa sikit-sikit tu bolehlah. 
     Terima kasih Yati Memories di atas resepinya. Izinkan saya copykan resepinya kat sini pula ya, untuk rujukan saya nanti.



Bahan Pulut

Bahan-bahan:
300 gm beras pulut (direndam)
santan cair secukupnya
1/4 sdt garam
1 helai daun pandan disimpul

Cara memasaknya:
1. Panaskan kukusan, masukkan pulut 
   ke dalam pengukus. Kukus selama lebih
   kurang 30 minit. 
2. Kemudian angkat, gaulkan dengan 
   santan cair yang dimasukkan sedikit 
   garam. Gaulkan sehingga bercampur.
3. Masukkan sekali lagi ke dalam pengukus, 
   kukuslah sehingga masak. 

Bahan serunding Kelapa

Bahan;bahan:
1 biji kelapa parut (pilih yang berkulit 
      basah)
1 batang serai*
2 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
1/2 inci lengkuas*
2 biji cili merah*
1 sdb ketumbar*
1/2 sdb jintan manis*
1/2 sdb jintan putih*
2 sdb udang kering* (direndam dahulu)
2 sdb gula pasir*
garam secukup rasa
1 keping asam gelugur

Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar
   halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar 
   hingga harum,  masukkan kelapa parut,
   asam gelugur serta garam, gaulkan rata. 
3. Masak menggunakan api kecil hingga
   berderai tetapi tidak kering. Hendaklah 
   dikacau selalu supaya tidak hangit.
4. Angkat dan sejukkan.

Untuk Pulut Serunding:

Ambil sedikit pulut, kepal-kepalkan atau 
masukkan ke dalam acuan. Keluarkan dan 
golekkan ke dalam serunding agar ia
melekat. Siap untuk dihidangkan.



1 ulasan: