Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua kembali dientri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendaknya di kala ini. Hari ini hari Rabu, 13hb Ogos 2014 adalah hari ulang tahun perkahwinan saya Fadzillah binti Minai dengan my hubby Muhammad Rahimi bin Mohd Ramli yang ke 20 tahun. Sedar tak sedar dah 20 tahun dah usia perkahwinanku ini. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi berpeluang menghirup udara yang segar di bumi Allah ini. Doakan kebahagiaan kami ya....
Ya Allah.....
Andaikan semua ini layak bagi kami,
cukupkanlah permohonan ini dengan ridho-Mu,
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling mencintai dikala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka,
saling mengingatkan di kala suka,
saling mendoakan dalam kebaikkan dan ketakwaan,
saling meyempurnakan dalam beribadah.
Ya Allah.....
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti pengikat cinta kami kepada Rasul-Mu.
Amin Ya Rabbal Aalamiiiin...
happy anniversary..semoga kekal bahagia hingga ke jannah..amin
BalasPadamThanks Bbwana.
PadamAmin, salam dilah dan happy anniversary....kak ruby jgk doakan semoga kekal bahagia hingga ke jannah....
BalasPadamWaalaikumus salam kak Ruby.... Terima kasih kerana mendoakan saya.
Padam