Selasa, 17 Jun 2014

Tips Menjadi Isteri Solehah


            Assalamualaikum wrh... wbr...



Wahai para-para isteri janganlah lupa kita ambil hati suami sambil bersulamkan pahala.

1. Akur pada suami.

   sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.

2. Berkelakuan baik terhadap suami.

   Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah 
   laku, bahasa atau pun tindakan. Sebaliknya 
   menjadi isteri yang 'melegakan' setiap
   kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai
   suami menderita makan hati dalam diam.
   Sifat yang harus dielak ialah berleter
   dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami

   Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu
   dan ini sehingga suami pening kepala untuk 
   memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan
   sampai suami terpaksa menerima rasuah 
   atau salah guna kuasa semata-mata ingin 
   memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami.

   Ramai isteri yang tidak suka bersolek di
   rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada
   isteri yang merasakan mereka sudah tua dan
   tidak perlu bersolek hatta mengenakan
   sedikit gincu untuk kelihatan cantik di
   mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki
   sukakan kecantikkan terutama melihat wanita
   yang menawan. Walaupun suami tidak pernah 
   bersungut tetapi hakikatnya mereka suka 
   melihat jika isteri bersolek seadanya agar 
   sentiasa kelihatan manis dan menarik. 
   Sebolehnya ubah imej mengikut citarasa
   suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan 

   suami. Jangan biar malaikat melaknati
   isteri yang  menderhaka atau sering 
   menyanggah cakap suami.

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan kepada 

   suami. Ingatkan suami dan berpesan dalam
   apa jua keadaan.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami.

   Ia dapat mengelakkan daripada membuat 
   perkara yang tidak elok.

8. Jangan membelakangkan suami.

   Mesti minta izin terlebih dahulu walaupun
   tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara
   suami menghormati suami. Biarpun perkara
   kecil, setiap isteri perlu menjaga hati
   suami.

9. Jaga harta suami.

   Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan 
   jangan sesekali menyalah guna atau 
   menggunakannya untuk kepentingan diri 
   sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat

    salah/menderhaka pada suami. Jadikan ia 
    amalan biasa dan jangan sesekali
    lengahkan, buat tidak tahu atau tunggu
    hari raya baru meminta maaf. Sesungguhnya
    isteri begini  sentiasa dilaknat oleh
    para malaikat.

11. Solat bersama suami.

    Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, 
    sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk 
    merapatkan hubungan dan mengelakkan 
    menderhaka kepada suami.

12. Jangan memperkecil pemberian suami. 

    Biarpun tidak seberapa, sebaliknya kena 
    berterima kasih dan hormati dirinya 
    sebagai suami terutama bagi isteri yang 
    berkedudukan dan  berjawatan tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami.

    Isteri sedemikian akan dimuliakan di
    akhirat.

14. Pandang muka suami apabila bercakap.

    Lihat dan tenung dengan penuh kasih 
    sayang, ia lebih dekat dihati. Bukan
    bercakap membelakangkan atau sambil
    membuat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan)

    dalam rumahtangga. Jangan biar suami
    berubah hati dan mencari wanita lain.
    Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana
    ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami. Beri

    kebebasan dengan atasan yang wajar. 
    Jangan terlalu prasangka sampai asyik 
    telefon bertanya suami dimana, sentiasa
    bertekak, check telefon suami hingga
    suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja.

    Walaupun penat tetapi satu-satunya cara 
    memikat suami ialah dengan cara memberi 
    sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami.

    Guna ayat-ayat alquran dan bukannya bomoh 
    untuk menambat hati suami. Ingatlah, doa 
    adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air
    setiap kali suami pulang dari kerja.

        Semoga kita mengambil panduan daripada perkara2 tersebut dan semoga apa yang kita lakukan akan sentiasa diberkali Allah selalu.



      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan