Selasa, 24 Jun 2014

Puding Roti Marble


         Assalamualaikum wrh.... wbr....

      Bersua kembali di entri kali ini. Semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu hendaknya. Kali ini saya entrikan mengenai masakan puding roti marble yang saya buatkan untuk minum petang tadi. Ternyata memang sedap puding ini terutamanya dimakan ketika sejuk.

       Sebelum ini pun memang saya pernah mencuba resepi puding roti marble ni, tapi kurang sedap sikit, mungkin sebab terlebih letakkan serbuk nescafe agaknya, so rasanya agak pahit sikit. Tapi kali ini, memang sedap rasanya. Anak-anak makan tak ada yang complain apa-apa pun. Bermakna sedap lah tu. Terima kasih saya ucapkan kepada HANA MY RESEPI, di atas resepinya ini. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya....



Resepi Puding Roti Marble

Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
8 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
2 sdb butter (cairkan)
3 1/2 cawan air (230ml)
2 sdb serbuk koko
sedikit pewarna dan perisa esen pandan




Cara membuatnya:
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar 
   dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair
   dan balance air tadi (1/2 cawan). Kemudian
   masukkan ke dalam agar-agar yang sudah 
   dididih tadi.
3. Masukkan butter dan kacau sampai mendidih. 
   Matikan api.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian 
   biarkan warna asal. Saya letakkan sedikit 
   serbuk koko. Dan satu bahagian lagi saya 
   letakkan pewarna hijau dan perisa pandan. 
5. Tuangkan ke dalam loyang secara berselang-
   seli. Sesenduk adunan asal dan sesenduk 
   lagi adunan hijau. Ulangi sehingga habis. 
   Ketika melapis hendaklah cepat sebab
   puding cepat sangat membeku.
6. Apabila dah siap bolehlah disimpan di
   dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. 
   Enak dimakan ketika sejuk.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan