Ahad, 8 Jun 2014

Kuih Apam Pandan


           Assalamualaikum wrh..... wbr.....

      Salam ceria teman-teman semua, dimusim cuti ini mungkin ada di kalangan ibubapa yang mengambil kesempatan membawa anak-anak serta keluarga bercuti atau pulang ke kampung halaman masing-masing. Walau apa pun jua, semoga anda dapat mengisi masa cuti ini dengan kegiatan yang berfaedah untuk anak-anak kita. 

      Bercerita mengenai entri kali ini, saya entrikan mengenai kuih apam yang saya buatkan petang tadi untuk minum petang. Sebenarnya mengikut resepi adalah kuih apam mekar pandan. Tapi entah mengapa apam yang saya buatkan tak mekar sedikit pun. Tak tahu lah apa salah dan silapnya. Tak kisah lah.... walau pun apamnya tak mekar tapi tetap gebu dan sedap rasanya. 





Resepi Kuih Apam Mekar Pandan

Bahan-bahan:
225 gm gula pasir
2 biji telur
250 tepung gandum
1 sdk ovalette
1 sdk baking powder
150 ml air soda-sprite
pewarna yang digemari



Cara-caranya:
1. Siapkan pengukus, biar wapnya keluar
   dengan banyak.
2. Pukul telur dan gula hingga betul-betul 
   kembang.
3. Masukkan ovalette dan pukul lagi
4. Ayakkan tepung dan baking powder.
5. Masukkan tepung berselang seli dengan air 
   sprite. Pukul hingga kental dan pekat.
6. Masukkan perisa pandan, bahagikan kepada
   dua bahagian. Letakkan warna yang digemari.
7. Susun paper cup dalam acuan lompang. Tuang 
   ke dalam paper cup secara berselang seli.
8. Kukus selama lebih kurang 20 minit, sedia 
   untuk dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan