Jumaat, 21 Mac 2014

Sotong Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang


          Assalamualaikum wrh wbr.....

       Salam bahagia di petang Jumaat yang berbahagia ini, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu hendaknya. Tahniah diucapkan kepada adik-adik kita yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Dan bagi mereka yang keputusannya tidak memuaskan, jangan berputus asa, teruskan berusaha lagi , semoga masih ada peluang lagi untuk adik-adik kita membuktikan kejayaan mereka.

       Entri kali ini mengenai masakan pula, iaitu masakan sotong goreng kunyit dengan kacang panjang. Selain daripada sayur kacang panjang boleh juga digoreng menggunakan kacang buncis. Apa-apa pun lihatlah resepinya yang serba ringkas ini.

Resepi Sotong Goreng Kunyit dgn Kacang 
Panjang

Bahan-bahan:
segenggam sotong 
secekak kacang panjang (dipotong)
serbuk kunyit
garam secukupnya
bawang besar (dipotong bulat)
2 biji cili merah (dipotong)
sebiji tomato (dibelah enam)
sedikit perasa jika suka
sedikit minyak masak

  Cara memasaknya:
1. Sotong dibersihkan dan digaul dengan garam
   dan kunyit secukupnya. Perapkan seketika.
2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali.
   Masukkan sotong yang digaul dengan garam 
   kunyit, goreng sekejap sehingga berminyak.
   Masukkan kacang panjang, buah tomato,
   bawang besar serta cili merah. Biarkan 
   seketika.
3. Akhir sekali masukkan garam serta perasa.
   Sedia untuk diangkat.

2 ulasan: