Rabu, 5 Mac 2014

Masak Lemak Sayur Petola


            Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam penuh keceriaan kepada teman-teman blogger semua, semoga anda semua berada dibawah lindungannya selalu. Entri kali ini mengenai masakan sayur petola. Sayur petola ni memang sedap dimasak lemak atau dimasak sayur bening sahaja. Kadangkala sayur petola ini boleh juga direbus dan dicicah dengan budu. Apa-apa pun memang sedaplah dimakan dengan nasi panas-panas.Marilah kita lihat resepi masakan sayur lemak petola yang ringkas ini.






Resepi Masak Lemak Sayur Petola

Bahan-bahan:
2 batang sayur petola (dipotong)
1/2 biji kelapa diambil santannya
sedikit sayur fucuk
sedikit suhun
1 batang cili merah (dihiris)
4 ulas bawang kecil (dihiris halus)
sedikit ikan bilis
garam dan perasa secukupnya

  Cara memasaknya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk,
   masukkan santan dan dimasak dengan api yang
   sederhana. Sentiasa dikacau supaya 
   santannya tidak pecah.
2. Masukkan garam serta perasa. Rasakan ia, 
   bila dah okey rasanya barulah 
   diangkat untuk dihidangkan.

7 ulasan:

  1. Tengok ni teringat mak kat kampung..alahaiiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu.... lah Ecah ya..... Masakan mak memang tiada tandingannya ya.... memang paling sedap.... kan.

      Padam
  2. sedapnya masak lemak petola...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala makan nasi dengan sayur masak lemak.... okey juga Adda.

      Padam
  3. kak ruby pun suka petola masa lemak, mmng sdp.....

    BalasPadam
  4. Nampk sedap tp petola ni xbrapa makan =)

    BalasPadam