Rabu, 12 Mac 2014

Kuih Apam Gula Merah


          Assalamualaikum wrh wbr.....

         Sudah lama tak masak kuih apam, jadi hari ini saya buatkan kuih apam gula merah untuk minum petang. Memang sedap kuih apam gula merah dari BLOG YATI  MEMORIES yang memang terkenal dengan ratu kuih talam serta kuih apamnya. Terima kasih atas resepinya. Mohon izin saya letakkan  resepinya kat sini pula untuk rujukan saya nanti.






Resepi Kuih Apam Gula Merah

Bahan A
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula  putih
2 cawan air
2 helai daun pandan

Bahan B
11 gm yis mauripan
1/2 cawan air suam
1 sdk gula halus

Bahan C
4 cawan tepung gandum
secubit garam



Cara membuatnya:
1. Masak bahan A hingga larut, kemudian
   sejukkan.
2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan
   biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
3. Satukan bahan B ke dalam mangkuk besar dan 
   masukkan sekali air gula yang telah sejuk
   tadi.
4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi.
   Setelah sebati, perapkan selama 1 jam.
5. Lengserkan loyang denga sedikit minyak,
   Kemudian masukkan adunan, biarkan selama 
   10 minit.
6. Kukus adunan selama 40 minit dengan api
   yang sederhana.
7. Birkan betul-betul sejuk, baru dipotong.
8. sedap dimakan dengan kelapa parut yang
   digaul dengan sedikit garam.


2 ulasan:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Taufik krn sudi singgah kat sini.

      Padam