Selasa, 18 Disember 2012

Kuih Seri Muka Durian

       
               Assalamualaikum wrh... wbr...

    Bersiaran lagi di entri kali ini. Semoga teman-teman semua sihat sejahtera hendaknya. Kali ini saya nak share kan tentang kuih serimuka durian. Kebetulan stok durian masih ada lagi dalam simpanan. Anak-anak pun dah tak mahu lagi makan durian. 


    Daripada nanti rosak begitu sahaja, baiklah saya buatkan kuih. Boleh lah juga dimakan.
Lihat lah resepinya...


Resepi Kuih Serimuka Durian

Bahan-bahan: 

Bahagian bawah:

600 gm beras pulut (direndam sekurang-
      kurangnya 3 jam)
600 ml santan  (dari sebiji kelapa)
2 sdk garam

Caranya:

1. Cuci beras, kemudian toskan. Sementara 
   itu panaskan pengukus. 

2. Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah
   dialas dengan plastik dan disapu dengan 
   sedikit minyak masak. Kukus selama 30
   minit.

3. Sekali-sekala di kacau. apabila telah
   masak, tekan-tekankan sehingga padat.
   Kemudian barulah masukkan lapisan atas.




Bahagian atas:

1 cawan isi durian
1 cawan gula pasir
3 cawan santan (daripada sebiji kelapa)
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/4 cawan tepung beras
1/2 sdk garam

Caranya:


1. Blender santan, gula, isi durian serta
   telur.

2. Masukkan ke tiga-tiga jenis tepung tadi
   dan kisar lagi.

3. Masukkan ke dalam periuk. Tambahkan 
   sedikit pewarna kuning. Masak sebentar 
   diatas api perlahan hingga naik wap.

4. Tuangkan adunan ke atas pulut tadi dan
   kukuslah selama 20 minit dgn api yang
   sederhana.

5. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu
   barulah dipotong untuk dihidangkan.


2 ulasan:

  1. cantiknya serimuka ni kak...tq share resepinya..

    BalasPadam
  2. Kak Fadzillah, mohon share resipi, terima kasih.

    BalasPadam