Khamis, 13 Disember 2012

Khasiat Daun Sirih

         
         Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam teman-teman semua di malam Jumaat ini. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Kali ini ini saya nak share kan mengenai khasiat daun sirih pula. Orang-orang lama di kampung, masih lagi mengamalkan memakan sirih pinang. Mungkin amalan memakan sirih ini mempunyai khasiat yang tersendiri agaknya.

      Daun sirih atau nama latinnya Piper Betle L merupakan salah satu tanaman yang terkenal di Malaysia. Pokok daun sirih memang mudah dibiakkan di kawasan tanah yang lembab. Tumbuhan ini boleh tumbuh hingga kira-kira 15 meter dan ianya  memerlukan sokongan untuk memanjat. Daunnya mempunyai khasiat yang tersendiri bagi keperluan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.



Contoh-contoh khasiat daun sirih untuk tubuh badan kita:

1. Membantu mengubati hidung berdarah ketika
   cuaca panas.

2. Menyembuhkan sakit perut.

3. Menghilangkan bau mulut.

4. Mengubati elergi atau gatal-gatal kulit.

5. Menyembuhkan pembengkakan dan 
   pendarahan pada gusi.

6. Menghilangkan penyakit bronkritis.

7. Mencegah penyakit tenggorokan.

8. Mengubati penyakit jantung.

9. Dapat menyembuhkan batuk.

10. Menghilangkan keputihan yang dialami 
    oleh kaum wanita.

          Kandungan yang terdapat dalam daun sirih mengandungi komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam pelbagai perubatan. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat. Khasiatnya juga dapat melancarkan darah dan menghentikan pendarahan. Selain itu ia sangat kaya dengan kendungan zat berkhasiat, diantaranya minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, karibetol, allyl pyrokatelcol, cynole dan lain-lain lagi.

      Selain itu, Di Malaysia daun sirih ini digunakan dalam pembukaan majlis 
pertunangan atau perkahwinan. Daunnya digubah bersama bunga-bungaan supaya kelihatan lebih cantik untuk dijadikan  sirih junjung.

sumber-internet






Tiada ulasan:

Catat Ulasan