Khamis, 15 Disember 2011

Jalan-jalan ke Batu Kurau

         
         Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Salam sejahtera kepada anda semua.....Sekarang ini kita masih lagi berada di dalam suasana cuti sekolah. Saya percaya bahawa ada di kalangan kita sibuk menghadiri majlis2 perkahwinan dan ada juga di kalangan kita bercuti bersama keluarga masing2.

     Minggu lepas saya bersama keluarga pulang ke kampung suami di Batu Kurau , Perak bersama keluarga seorang kawan dalam acara makan durian. Dalam perjalanan kami sempat singgah di Taman Reakreasi Gunung Lang, Ipoh. Cantik sangat tempatnya. Sesuai sekiranya membawa anak2 beriadah ke sana. Inilah gambar yang sempat dirakamkan......






Cantiknya  permandangan air terjun ni....

  

      Waktu malamnya pula kami menginap di chalet Kurau Stone. Okay sangat chaletnya. Harganya pun berpatutan , tak lah mahal sangat.





               Keesokkan harinya pula barulah kami ke lata Sepaneh. Di situlah tempat acara makan durian. Nah .... satu bonet kereta duriannya. Kalau tak puas makan juga, tak tahu lah.....



      Kemudian pula acara mandi-manda kat sungai 
Sepaneh. Cantik sangat sungainya. Tapi tak sempat mandi lama-lama sbb hujan dah turun.


    
              Setengah jam selepas itu, kami disuruh naik sbb datang kepala air. Air pun jadi keruh dan arus airnya sangat deras.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan