Sabtu, 29 Mei 2021

Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua...
Lama tak update blog yang satu ni, kali dah kembali merajinkan diri update my blog.

Hari ni terasa rajin pulak masak asam pedas ikan pari campur kacang bendi. Biasanya masak yang ringkas-ringkas je, malas nak ambil gambar bagai.

Jomlah tengok resepi asam pedas versi saya.




Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan:

ikan pari
1 biji timato
1/2 cawan air asam jawa
sedikit minyak masak
daun kesum
serai dititik

Bahan kisar:
cili merah
bawang besar
bawang putih
sedikit lengkuas



Cara memasaknya:

1. Ikan dipotong dan dibersihkan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik baunya dan berminyak.

3. Masukkan air asam jawa dan air, renihkan hingga mendidih.

4. Masukkan serai, ikan, daun kesum, bendi, biarkan sehingga mendidih.

5. Masukkan garam, gula serta peras jika suka.

6. Masukkah tomato, perlahankan api dan biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut. Angkat dan hidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.


Khamis, 13 Mei 2021

Salam Aidil Fitri 2021 M / 1442 H

Assalamualaikum sahabat Diari Diela, 

semoga anda semua sihat dan bahagia selalu. 

Sempena menyambut hari raya, saya beserta keluarga ingin mengucapkan salam Aidil Fitri buat sahabat semua di mana pun jua anda berada, semoga ceria dan berbahagia selalu. Sama-sama kita jaga diri kita agar terhindar dari wabah covid 19.




Hidangan lemang serta lontong di pagi hari raya.


Hidangan kuih muih yang segera je... tahun ni langsung tak buat kuih.

Walaupun berhari raya di rumah sahaja tapi tetap meriah bersama anak-anak al maklumlah dalam keadaan PKP sekarang, kita harus sentiasa berwaspada agar terhindar daripada wabah corona yang sangat membahayakan. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari wabah tersebut. 
 

Photo kenangan bersama anak-anak.


Khamis, 15 April 2021

Kuih Buah Melaka

 Assalamualaikum...

Selamat berpuasa diucapkan kepada teman-teman semua. Hari ni dah hari ke tiga kita berpuasa, baru dapat merasa kuih buah melaka, kuih kegemaran saya wajib di buat ketika di bulan puasa. Mudah je buat kuih ni, rasanya pula memang sedap.





Resepinya dah pernah saya tunjukkan dalam blog ini sebelum ni.



Isnin, 12 April 2021

Salam 1 Ramadhan 1442 H / 2021

 Assalamualaikum... 

Salam 1 Ramadhan saya ucapkan buat seluruh umat Islam dimana pun jua anda berada. Sama-samalah kita tingkatkan amal ibadah kita sempena di bulan suci yang penuh keberkatan ini.




Sabtu, 27 Mac 2021

Koleksi Bunga Kertas

 Assalamualaikum....

Selamat petang sahabat semua, Alhamdulillah... di petang hari ini, hujan turun mencurah-curah. Subur semua tanaman yang ditanam. Kali ini saya share tentang bunga kertas yang sebelum ini tak berbunga. Setelah diletak baja yang mencukupi maka keluarlah bunga kertas dengan pelbagai warna.



Suka tengok warna pink yang lembut.










Suka pula lihat bunga-bunga kertas yang banyak berkembang serta cantik dipandang. Ceria rasanya. Selepas ini nak tambah lagi koleksi bunga yang berwarna kekuningan pula.


Sabtu, 26 Disember 2020

Udang Goreng Kunyit

 Assalamualaikum...

Bersua lagi kita dikali ini, moga semuanya sihat selalu.

Lama juga saya tak update tentang masakan, so kali ini saya update tentang masakan yang paling ringkas yaitu udang goreng kunyit. Alhamdulillah dapat rezeki udang dari adik ipar. Jadi saya masak udang goreng kunyit je.



Resepi Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

Udang

bawang besar (dihiris bulat)

cili merah (dipotong)

sos tiram

garam

serbuk kunyit

sedikit minyak untuk mrnggoreng



Cara memasaknya:

1. Udang dicuci bersih, masukkan garam dan serbuk kunyit, perapkan seketika.

2. Panaskan minyak, masukkan udang dan digoreng seketika. Masukkan sos tiram.

3. Masukkan pula bawang serta cili potong, digoreng hingga bawang layu, kenudian angkat dan hidangkan.




Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.



Rabu, 23 Disember 2020

Koleksi Tanaman Bunga

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga sihat dan bahagia selalu.

Lama tak update tentang masak memasak. Sibuk dengan pembikinan conten youtube untuk projek crochet. Masak pun hanya masak yang ringkas-ringkas je, tu yng jadi malas nak update.

Kali ni saya update tentang koleksi tanaman bunga yang ditanam dan diurus oleh encik suami je. Menjadi jugak tanaman yang dia diuruskan.







Encik suami saya memang minat menanam pokok bunga bougenvilla atau bunga kertas. Berbagai warna dia beli dari nursery bunga.


Di samping itu saya juga tanam jenis bunga yang lain seperti lidah jin, aloe vera, pokok orkid pokok herba dan pokok lainnya.





Juga ditanam pokok daun kesum, pokok pegaga, kemangi, bayam brazil dan lainnya. Cuma agak terhad sbb tak ada laman yang luas. Hanya tanam dalam pasu je.


Ini pokok yang banyak daun dan susah nak berbunga.



Pokok bunga melur, kalau time dia berbunga banyak, wangi je baunya.



Ini pula bunga kertas yang baru je nak berbunga.

Sebenarnya nak bagi bougenvilla ni berbunga ada cara penjagaannya, encik suami yang tahu. So, dialah yang merawatnya.