Khamis, 13 Mei 2021

Salam Aidil Fitri 2021 M / 1442 H

Assalamualaikum sahabat Diari Diela, 

semoga anda semua sihat dan bahagia selalu. 

Sempena menyambut hari raya, saya beserta keluarga ingin mengucapkan salam Aidil Fitri buat sahabat semua di mana pun jua anda berada, semoga ceria dan berbahagia selalu. Sama-sama kita jaga diri kita agar terhindar dari wabah covid 19.




Hidangan lemang serta lontong di pagi hari raya.


Hidangan kuih muih yang segera je... tahun ni langsung tak buat kuih.

Walaupun berhari raya di rumah sahaja tapi tetap meriah bersama anak-anak al maklumlah dalam keadaan PKP sekarang, kita harus sentiasa berwaspada agar terhindar daripada wabah corona yang sangat membahayakan. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari wabah tersebut. 
 

Photo kenangan bersama anak-anak.


8 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    selamat hari raya idulfitri maaf zahir batin. moga sambutan aidilfitri tahun ini tetap meriah biarpun dalam suasana norma baharu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam... alhamdulillah meriah raya bersama anak-anak, walaupun beraya dirumah je. Moga kita semua sentiasa dipelihara Allah dan dijauhkan dari wabah covid 19.

      Padam
  2. Assalamualaikum...
    Selamat Hari raya kak Diela dan family. Walaupun PKP, meriah raya dengan kuih muih yang ada :) Cantik tema warna baju raya tahun ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam... Selamat hari raya juga Azhafizah. Alhamdulillah... meriahlah raya bersama anak2. Tak buat kuih raya pun tahun ni, kuih tunjuk2 je.

      Padam
  3. Selamat hari raya, maaf zahir batin. Meriahnya juadah raya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga Amie, Alah juadah ala kadar je, janji dapat merasa suasana hari raya, walaupun dok di rumah je.

      Padam