Selasa, 30 Oktober 2018

Masak lemak Udang Galah


      Assalamualaikum...

    Bersua lagi di entry kali ini, semoga teman2 semua sihat sahaja hendaknya.

    Kali ini bercerita pula tentang masakan. Kebetulan adik ipar saya bawakan udang galah, jadi saya masakkan masak lemak cili api. 



Resepi masak lemak udang galah

Bahan-bahan:

1/2 kilo Udang galah
15 biji cili api*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
1 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit
2 batang serai (dititik)
santan secukupnya
sedikit kacang buncis
garam serta serbuk perasa jika suka



Cara memasaknya:

1. Bahan yang bertanda* dikisar halus.

2. Masukkan bahan kisar kedalam periuk, 
   masukkan serai serta asam keping. Masak 
   hingga hampir kering. Tambah sedikit air
   jika terlalu kering.

3. Masukkan kacang buncis. Kemudian masukkan
   santan serta daun kunyit. Kacau selalu
   supaya tidak pecah minyak.

4. Masukkan garam serta serbuk perasa.

5. Akhir sekali masukkan udang. Kacau lagi.
   Perasakan garamnya, jika dah ok barulah
   diangkat.



* Udang jangan dimasak terlalu lama, jika 
  over cook dagingnya akan menjadi keras.


Sabtu, 27 Oktober 2018

Jalan-jalan ke Ikea Damansara


Assalamualaikum...

    Selamat malam semua... dan selamat berhujung minggu. Semoga terus ceria bersama keluarga tersayang.

    Hari ini saya sempat jalan-jalan ke Ikea. Dah lama rasanya tak ke Ikea. Jadi sekali sekala dapat jalan2 cuci mata pun kira okey lah.

    Suka jalan2 kat ikea sambil tengok hasil2 dekorasi yang cantik tentang hiasan ruang dapur, ruang tamu, bilik tidur dan macam2 lagi. Juga segala barang-barang serta perlengkapan rumah juga turut dipamerkan serta dijual.

    Asyik sibuk melihat pameran dekorasi2 yg cantik sampai terlupa nak ambil pic. Tapi bahagian yang paling saya suka ialah bahagian bunga2. Jom tengok 






     Memang sangat cantik bunga2 serta gubahannya. Tapi harganya pun cantik juga.


    Tapi dapat juga saya rembat rak yang comel ni.


Rabu, 10 Oktober 2018

Jalan-jalan ke Bukit Frazer


      Assalamualaikum...

Selamat petang semua, semoga ceria2 selalu walaupun dihari ini hujan turun dgn lebatnya membasahi bumi. Alhamdulillah...

Baru nak cerita mengenai kegiatan dihujung minggu kemarin, sempat jalan2 ke Frazers Hill bersama kawan2, sambil2 menikmati keindahan alam. Agak lama juga kita tak jalan2, kebetulan ada kawan yg ajak, apa lagi ikutlah... 



Menginap satu malam di Rumah Rehat Sri Berkat, Bukit Frazer.






Bergambar kenangan bersama keluarga.







Bestnya si kecil dapat beri ikan-ikan makan.







     Sambil2 tu boleh lihat keindahan alam dengan bunga2 yg ada dipersekitaran serta pokok hutan yg berada disekeliling rumah rehat.

Jumaat, 28 September 2018

Kerabu Mangga


     Assalamualaikum...

      Selamat petang, semoga semuanya sihat2 sahaja di hari Jumaat yang mulia ini.

      Strait to the point, hari ni teringin sangat nak makan somtam, kebetulan ada mangga muda yg dibawa oleh encik suami dari kampung. Apalagi tak dak betik muda, buah mangga muda pun takpa lah, janji boleh makan.

      Terus lah saya buatkan kerabu mangga. Jom tengok resepi kerabu mangga.




Resepi Kerabu Mangga

Bahan-bahan:
1 biji buah mangga muda (dicincang & 
   di hiris2)
1 biji buah tomato
3 urat kacang panjang (Dipotong)
1/2 batang karot dicincang dan dihiris
1/2 biji limau nipis
segenggam ikan bilis (digoreng) 
segenggam kacang tanah (digoreng)
1 ulas bawang putih
cili api ikut kepedasan
sedikit sos ikan
gula dan garam secukup rasa



Cara membuatnya:

1. Ikan bilis dan kacang tanah digoreng,
   kemudian ditumbuk kasar-kasar.

2. Cili api serta bawang putih juga ditumbuk 
   kasar.

3. Sediakan bekas, kemudian masukkan mangga,
   karot, tomato hiris serta bahan-bahan yg 
   ditumbuk kedalamnya, gaulkan sehingga
   bercampur.

4. Masukkan sos ikan, gula serta garam, juga
   perahan limau nipis. Gaul sehingga betul-
   betul bercampur. Perasakan garamnya, bila 
   dah secukup rasa bolehlah dihidangkan.


Rabu, 19 September 2018

Ketupat Rendang Ayam


         Assalamualaikum...

   Selamat tengahari... moga semuanya sihat2 sahaja hendaknya.

   Hari ni teringin nak makan rendang ayam, kebetulan pula ketupat lebihan sewaktu raya haji dulu pun masih berbaki. Maka saya masakkan rendang ayam. Dapatlah makan dengan ketupat palas.

   Terasa macam hari raya lah pulak... orang lain awal Muharam masak bubur asyura, kita makan ketupat rendang. Tapi takpa lah yg penting boleh makan. Tak gitu kan... 





    Ketupat palas ni saya buat sewaktu raya haji tempohari, kemudian masukkan dalam freezer. Jadi ia tahan lebih lama.



Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan)
cili blender*  
6 biji bawang besar*
2 labu bawang putih*
halia*
lengkuas*
serai* 
kunyit hidup*
Daun kunyit (dihiris halus)
santan
gula dan garam secukup rasa
kerisik

Cara memasaknya:

1. Blender bahan2 yg bertanda * hingga halus.

2. Panaskan kuali, masukkan bahan2 blender.
   Masukkan pula ayam, biarkan sehingga 
   mendidih.

3. Masukkan santan dan kerisik. Biarkan
   mendidih lagi, kemudian masukkan garam,
   gula serta perasa jika suka.

4. Bila hampir kering baru masukkan hirisan
   daun kunyit.

* Untuk bahan blender, agak2 saja bahannya, jika nak sedap lebihkan bahan blender.


Isnin, 10 September 2018

Salam Maal Hijrah 1440 H / 2018 M


       Assalamualaikum...

                Salam maal hijrah saya ucapkan kepada teman-teman semua...



     Mari kita sambut bulan hijriah dengan berhijrah dari kegelapan menuju cahaya islami, dari kekufuran menuju keimanan, semoga ditahun baru hijrah ini rezeki kita bertambah dan dipanjangkan usia kita untuk kita sentiasa beribadah kepadaNya. 







     Mudah-mudahan di tahun baru ini akan membawa sinar yang baru untuk kita semua.


Jumaat, 31 Ogos 2018

Jeruk Pak Choy


     Assalamualaikum...

     Salam dihari Sabtu yang indah, semoga semuanya berbahagia selalu disampin keluarga tercinta.

     Tergoda juga dengan jeruk pak choy yang dipaparkan oleh blog FHA Selemak Santan, jadi saya pun cuba buat. Kebetulan kemarin kepasar, terlihat sayur pak choy yang segar-segar.



      Sebenarnya belum pernah merasa makan sayur jeruk ni, tapi teringin juga nak merasa. Biasanya sayur jeruk ni ada dijual dipasar-pasar, tapi dijual oleh mereka yang berbangsa Cina. Lebih elok kita buat sendiri agar terjamin kebersihannya. Sayur jeruk ni kita boleh dimasak asam pedas.

     Terima kasih kak Fauziyah sharing cara buat jeruk pak choy, saya simpan resepinya di sini pula ya...



Resepi jeruk Pak Choy

Bahan A
Sayur pak choy secukup nya.

Bahan B
1 cawan gula putih atau gula organik
1 cawan cuka epal *saya guna cuka makan biasa saja
5 1/2 cawan air biasa
3 sdb garam

Bahan C
Air sejuk bersama ketulan ais



Cara menyediakannya:

1. Sayur pak Choy di bersihkan dahulu.

2. Satukan air, cuka, gula dan garam ke dalam
   bekas yang besar , balang atau 
   tupperware.  Kacau sehingga gula dan garam
   larut dan ketepikan.
3. Sediakan bekas yang berisi air sejuk
   bersama ketulan ais.
4. Dalam masa yang sama, masak air sehingga 
   mendidih.
5. Celur sayur selama 30 saat atau lebih 
   sikit bergantung pada saiz besar batang 
   daun.
6. Toskan air dan rendam sayur dalam air
   sejuk, sehingga suhu panas sayur turun/
   sejuk
7. Toskan dalam penapis atau perah sayur
   perlahan-lahan untuk keluarkan air lebihan
8. Masukkan sayur ke dalam balang/bekas 
   plastik yang berisi larutan cuka tadi.
   Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk.

* Jeruk sayur ini boleh dimakan selepas 24 jam dan ianya boleh tahan selama 6 bulan.