Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia kepada kawan-kawan semua. Bertemu lagi di entri kali ini, iaitu mengenai masakan kuih kaswi nyonya. Petang-petang biasalah, terasa nak makan kuih kaswi. Dah lama tak buat kuih ni.... bila tengok semua bahan-bahan nya dah ada, maka saya pun buatkan kuihnya ini. Inilah hasil kuihnya....
Resepi Kuih Kaswi Nyonya
Bahan-bahan:
A 200 gm gula merah (yang hitam)
50 gm gula putih
150 ml air
sehelai daun pandan
Bahan-bahan tersebut dimasak hingga
mendidih, tapis dan tambah air jadikan 900
ml.
B 150 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
1/4 tsp kapur sirih
kelapa parut
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Air gula campur air dari bahagian A tadi,
diblend dengan bahagian A sehingga habis.
2. Masak di atas api sehingga naik wap dan
pekat sedikit. Kacau dengan whisk.
3. Tuangkan ke dalam loyang 8x8, kukus selama
40 minit.
4. Bila dah sejuk barulah dipotong dan
gaulkan dengan kelapa parut.
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh keceriaan, semoga teman-teman semua diberikan kekuatan untuk menjalankan ibadah puasa yang bakal tiba beberapa hari lagi. Sedar tak sedar dah setahun berlalu, dan Ramadhan datang lagi. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjatnya di sisi Allah kerana bulan tersebut adalah penghulu segala bulan. Di bulan tersebut, semua umat Islam diwajibkan berpuasa.
Surah Al-Baqarah ayat 182 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Semoga kamu bertakwa".
Erti puasa iaitu menahan diri daripada makan dan minum dan apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
Bulan tersebut mempunyai kelebihan, antaranya:
1. Dalam bulan tersebut Allah swt menurunkan
kitab suci Al-Quran sebagai petunjuk
kepada umatnya.
2. Dalam bulan Ramadhan juga dipilih satu
malam yang ganjil yang dikenali malam
Lailatulqadar yang jauh lebih baik
daripada seribu bulan.
3. Bulan yang dibelenggu syaitan, dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu
neraka.
Kelebihan berpuasa ialah:
1. Puasa mendekatkan diri kepada Allah.
2. Puasa mengawal nafsu syahwat.
3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka.
4. Puasa menjanjikan syurga.
Setiap orang yang berpuasa perlulah mematuhi peraturan2 bagi menyempurnakan ibadah tersebut. Adab-adab berpuasa iaitu:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat,
memelihara mata daripada melihat perkara
yang dilarang oleh syarak.
3. Memelihara pendengaran dari mendengar
memelihara anggota tubuh badan daripada
membuat dosa daripada segala yang dibenci
oleh Allah.
5. Jangan memperbanyakkan tidur di siang
hari, dan banyak makan pada malamnya,
bersederhanalah kedua2nya bagi menyelami
keperitan lapar dan dahaga.
6. Jauhkan diri dari mengikut dorongan nafsu
ketika berbuka dgn beraneka jenis makanan.
Sebaiknya makan sama sahaja seperti pada
bulan-bulan yang lainnya.
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan
duniawi, bahkan mengambil kesempatan
dengan beribadat kepada Allah.
8. Mempraktikkan amalan sunnah seperti segera
berbuka puasa, berbuka dengan buah tamar
serta melambatkan waktu sahur.
9. Menyediakan makanan berbuka bagi orang
yang berpuasa.
10. Memenuhi malamnya dengan amalan-
amalan sunat seperti solat terawih, witir
dan sebagainya.
Semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan amalan -amalan yang baik.... insyaallah.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan saya mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam tak kira di mana berada, semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna kepada kita semua.
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua, semoga sihat selalu di samping keluarga tercinta. Entri kali ini mengenai masakan puding karamel. Bila jalan-jalan kat blog kawan-kawan ada yang memaparkan tentang resepi puding karamel. Terasa di hati ingin mencuba membuat puding tersebut. So, saya pun cuba lah buatkan. Sebelum kita semak resepinya, lihatlah hasil yang saya buatkan. Menjadi ke tidak....
Resepi Puding Karamel
Bahan-bahan:
Untuk gula hangus
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
Untuk puding
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sdt esen vanila
2 sudu besar tepung kastad
Cara membuatnya:
1. Masak gula hingga cair dengan menggunakan
api yang kecil dan biarkan sehingga
berwarna perang.Tuangkan air panas. Kacau
hingga sebati. Hati-hati, jangan sampai
gula tu hangit atau hangus. Nanti akan
terasa pahit.
2. Panaskan air dalam pengukus.
3. Kisar telur hingga kembang dan masukkan
susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
4. Masukkan esen vanila dan tepung jagung dan
kisar sebentar.
5. Tuangkan gula hangus ke dalam loyang.
Sebelum memasukkan adunan puding ke dalam
loyang hendaklah ditapis terlebih dahulu.
6. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
7. Angkat dan sejukkan dahulu. Bila dah
sejuk, masukkan dalam bekas lain dengan
cara terbalikkan acuan atau loyang.
Assalamualaikum wrh wbr.....
Bertemu lagi kali ini, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Entri kali ini mengenai masakan iaitu ayam black papper. Apa-apa pun, kita semak resepinya dulu...
Resepi Ayam Black Papper
Bahan-bahannya:
1/2 kilo ayam
6 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
2 inci halia*
3 sdt lada hitam (dikisar)
2 biji ubi kentang (potong ikut suka)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 sdb sos tiram
2 sdb sos lada hitam
4 biji cili padi (diketuk pecah sedikit)
sedikit daun bawang dan daun sup
garam dan gula secukupnya
Cara memasaknya:
1. Ayam digoreng separuh masak dahulu.
2. Bahan yang bertanda* dikisar.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan
kisar hingga agak garing, masukkan sos
tiram, sos lada hitam. Kacau-kacaukan
ia, kalau terlalu pekat masukkan sedikit
air.
4. Bila dah agak pekat masukkan ayam, lada
hitam dan kentang. Kacau lagi. Tunggu
hingga kentang empuk.Kalau terlalu pekat
tambahkan sedikit air.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
Kacau lagi. Masukkan bawang besar yang
dipotong serta cili api.
6. Akhir sekali sebelum ditutup apinya, masuk
kan daun bawang serta daun sup.
7. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan
dengan nasi panas-panas.
Assalamualaikum wrh wbr....
Bertemu lagi dientri kali ini, semoga teman-teman semua sihat sejahtera hendaknya.
Teringin sangat nak makan pulut durian. Sampai sanggup pergi ke pasar Cow Kit, semata-mata untuk beli durian. Walaupun agak mahal, belilah juga.... Tapi, kalau nak puas makan durian kena lah balik Batu Kurau sebab Batu Kurau ni memang famous dengan durian. Dan sekarang ni tengah musim katanya.
Walau bagaimana pun, alhamdulillah tercapai juga lah hajat nak makan durian ni. Kalau orang belah utara makan durian ni mesti dengan pulut dan santannya sekali. Barulah best....
Resepi Pulut Durian
Bahan-bahan:
300 gram beras pulut
air secukupnya
Untuk memasak nasi pulut:
1. Cuci beras seperti hendak memasak
nasi. Masukkan air sedikit. Jangan
terlebih air, takut terlalu lembik.
2. Masak atas api sehingga mendidih dan
kering. Tutupkan periuk dengan tudungnya.
3. Perlahankan api sehingga kecil.
Biarkan sehingga pulut masak.
1 biji kelapa
sedikit garam
Untuk santan :
Perahkan santan dengan 2 cawan air. Masukkan sedikit garam. Masak sekejap di atas api sehingga naik wap. Santan dimasak dahulu untuk mengelakkan kembung perut.
Cara makan:
Masukkan nasi ke dalam pinggan, letakkan seulas durian. Masukkan santan dan digaul dengan pulut. Barulah dimakan.... ummph sedapnya.
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam sejahtera kepada teman-teman semua. Bertemu lagi di entri kali ini, mengenai masakan pula. Puas juga difikir-fikir ikan senangin tu sesuai masak apa. Bila lihat dalam peti ais tu ada kacang bendi, serta ada bahan-bahan untuk buat kari, maka jadilah masak kari ikan senangin hari ini. Kari ni memang kesukaan keluarga saya. Kita tengok resepinya dulu...
Resepi Kari Ikan Senangin
Bahan-bahan:
2 ekor ikan senangin
10 batang kacang bendi
4 sudu besar rempah kari ikan
6 ulas bawang merah (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 tangkai daun kari
2 1/2 cawan santan
air asam jawa
sedikit minyak masak untuk menumis
garam
Cara memasaknya:
1. Tumis bawang merah,bawang putih serta
daun kari hingga garing.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama
sedikit air. Biarkan hingga karinya masak
(berminyak). Kecilkan api supaya tidak
hangit.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika.
4. Masukkan ikan dan kacang bendi. Tutup
periuk seketika.
5. Kemudian masukkan santan. Biarkan
mendidih. Masukkan garam. Nak sedap lagi,
masukkan sedikit ajinomoto.
6. Rasa masam dan masinnya. Kalau dah cukup
rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua, semoga beroleh keberkatan di bulan ramadhan Al Mubarak ini. Di dalam bulan ramadhan berlakunya peristiwa Nuzul Quran. Nuzul Quran berarti penurunan Al-Quran dari langit kepada nabi yang terakhir yaitu Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini terjadi pada malam Jumaat, 17 Ramadhan ketika nabi sedang beribadat di Gua Hira'. Pada malam tersebut ayat yang pertama diturunkan yaitu surah Al-Alaq- 5 ayat dari surah tersebut.
Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku sehingga seterusnya menjadi lengkap seperti kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.
Allah swt menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Membaca, menghayati serta mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah merupakan satu ibadat. Di dalam Al-Quran kalamullah mengandungi segala aspek hukum yang terkandung di dalamnya suruhan, larangan, iktibar serta pedoman kepada umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang membaca serta mengamalkannya akan memperolehi pelbagai kebaikkan.
Kelebihan-kelebihan membaca Al-Quran:
1. Mendapat kebaikkan, keberkatan dan kehar-
monian hidup.
2. Dilindungi dari godaan syaitan.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah
bidadari di syurga.
4. Pembaca Al-Quran diberi pahala yang tidak
akan putus.
5. Selamat dari api neraka, mendapat
kedudukan tinggi dan mulia bersama
malaikat.
6. Al-Quran menjadi pembela di hari Qiamat
bagi orang yang membaca Al-Quran.
7. Memperoleh keamanan di dunia dan kemuliaan
di syurga.
8. Membaca sebelum tidur mendapat kawalan
malaikat.
9. Pembaca Al-Quran termasuk dalam golongan
Siddiqin, Syuhada dan Solihin.
10. Akan memberi cahaya di dalam rumah jika
kita membaca Al-Quran di dalam rumah.
11. Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik
dari solat sunat 1000 rakaat.
Semoga kita semua akan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian kita dan semoga allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan amalan kita.
sumber- internet