Ahad, 22 November 2026

Kegiatan Di Hari Minggu

 

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua. moga di hari ini kita semua diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dimurahkan rezeki selalu.

Pagi tadi kawan-kawan sarapan apa. Sarapan saya pagi tadi keledek goreng dengan secawan teh O panas. Bangun pagi ni tekak terasa perit ja. Minum minuman panas sedap je tekak.




Kemudian jenguk mini kebun kat belakang rumah sekejap. Sambil tu pindah tanam pokok aloevera, pokok fern serta tanam pokok bunga yang baru, bunga singonium. Saya ambil bunga yang tumbuh liar kat tepi jalan.







Dah tengahari tak jadi masak sebab bawa si bongsu potong rambut, dan beli sedikit baramg keperluan dia. Jadi makan kat kedai mamak je lah hari ni.



Biasanya saya kalau ke kedai mamak suka makan bihun goreng je. Ada satu ketika tu saya makan nasi dengan rendang ayam. Rasa sedap sangat. Tapi hari ni tak ayam rendang dah habis pula, tinggal kuahnya saja. Nak tak nak makan jugalah tapi ganti lauk lain, tetap juga ambil kuah rendang. Sedap lah tu, sebab tu rendangnya cepat habis.



Si kecik, kalau makan nasi lauk yang menjadi pilihan pasti ayam goreng.




                                   

Kedainya pun kelihatan bersih. Time saya pergi agak lewat, dah pukul 2.30 petang, dah tak ada orang sangat. Rasa aman sikit nak makan, kalau tengah ramai rasa serabut pulak.



Alhamdulillah... masing-masing dah kenyang, barulah senang hati. 




2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. segala aktiviti dapat buat - dapat tanam pokok, sempat sarapan, kemudian uruskan anak dan lunch dgn family.

    BalasPadam