Sabtu, 2 Mei 2026

Kegiatan di Hari Sabtu.


 Assalamualaikum...

Salam di petang Sabtu yang agak lembab ini kerana baru lepas hujan. Petang ni, alhamdulillah cuaca jadi sejuk.

Pagi tadi plan nak keluar tapi tak jadi pula, si kecik minta nak mandi kolam. Dari minggu lepas lagi berjanji, tapi tak jadi-jadi. 

Cuti dihujung minggu ni malas nak kemana-mana, kalau boleh nak dok rumah saja. Nak bereskan kerja-kerja rumah yang tertangguh.


                                  

Sarapan pagi tadi, saya beli bihun kosong letak sedikit sambal beserta kuih saja.

Habis sarapan jenguk kat belakang dapur. Serabut je rasa, pokok-pokok  pun dah jadi seperti hutan. Bila time hujan ni, pokok-pokok cepat membesar dan jadi semakin subur pulak.




Pokok pandan pun bolehlah, kalau setakat nak buat kuih tu tak payah beli dah.



Pokok bunga telang pun semakin subur, tapi bunganya tak lah banyak. Mungkin pokoknya berada di tempah teduh, tak dapat sangat cahaya matahari, jadi kurang berbunga.



Pokok daun kaduk pun subur nampaknya.

Banyak pula sampah-sampah dari daun kayu yang luruh. Lembab-lembab macam ni, pasti jadi sarang nyamuk. Sebelum nak keluar pasang dulu ubat nyamuk, takut juga yang ada kaki belang-belang. Sebelum ni ada juga kes denggi kat kawasan perumahan tempat saya tinggal ni.



Pokok ubi kayu juga jadi bertambah subur.





Tengok pokok kari pun dah makin membesar dan subur. Kadang jiran sebelah (orang india) pun datang ambil daunnya. Dah pesan pun, ada tuan ke tak ada ambil je. Tak apalah berbagi rezeki dengan jiran. 



Ini pula pokok kacang, tak tahu pula kacang apa. Belum lagi berbuah.


Pucuk ubi ni rasanya bolehlah dipetik.



Ada juga pokok bayam kampung.

Bila dah terasa lapar barulah masuk dapur pulak.
Semalam tak ada mood nak masak, hari ni baru datang mood rajin pula. Bersilat punya bersilat kat dapur, maka jadilah rendang ayam. 



Tengahari makan nasi dengan rendang ayam jelah dulu.



Petang nanti baru lah nak pikir. Masak apakah yang sesuai untuk digandingkan dengan rendang ayam.



1 ulasan:

  1. Kat rumah ni pun banyak tanaman PZ...kacang botor dah buang sebab dah setahun x berbuah langsung...pelik betul...daun pandan, pokok kari dan lain2 ada je...

    BalasPadam