Khamis, 30 April 2026

Masak Ayam Sambal Bersantan Untuk Makan Tengahari

 

Assalamualaikum...

Balik kerja tengah hari tadi, perut terasa lapar sangat. Kebetulan ayam masih ada 1/2 ekor lagi dalam freezer. Keluarkan ayam, terus masak nasi. Pukul 12.50 terus pergi ambik si kecik balik sekolah. Dah balik baru masak ayam, kebetulan ayam pun dah lembut.

Hari ni saya masak ayam masak sambal bersantan untuk makan tengahari.




Biasanya kalau dah terlalu lapar,  kalau boleh masak lauk yang ringkas saja. Tak perlu banyak jenis lauk sangat pun, yang penting cepat dimakan.

Seperti biasa resepinya mudah saja. Ayam dicuci bersih, kemudian digaul dengan garam serta sedikit serbuk kunyit. Kemudian digoreng dengan minyak panas. Dah masak, barulah diangkat.

Kemudian cili merah, cili api, bawang besar,  bawang putih serta halia dikisar menggunakan chopper saja.

Panaskan minyak bekas goreng ayam tadi, masukkan bahan kisar, kemudian masukkan juga asam keping. Masak sehingga keluar minyak. Kemudian masukkan garam, gula, serbuk perasa dan sedikit sos cili. Juga masukkan santan pekat. Saya guna santan kara saja. Kacau lagi hingga kuah menjadi pekat.
Rasakan ia, kalau dah cukup rasa barulah dimatikan apinya.



Kebetulan ada sambal belacan lebihan semalam.




Tak sempat nak masak sayur, daun salad saja sebagai sayurnya.



Ayam sambal cili macam ni memang kesukaan anak-anak. Rasanya peda-pedas manis serta lemak santannya, membuatkan bertambah-tambah nasinya.


9 ulasan:

  1. Pedas2 manis memang sedap nak dimakan. Masak simple macam ni biasanya laku keras.
    Yang penting kenyang dan sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Cuya. Kalau mak-mak yang bekerja mesti masak yang simple dan cepat dimasak. Yang penting perut dapat diisi.

      Padam
  2. Nampak sedap ayam sambal bersantan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dicuba Aynora, bahannya di agak-agak saja.

      Padam
  3. Wah sedap ni..boleh cuba nanti kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lah cuba SA... bahannya pun mudah saja.

      Padam
  4. Macam ayam berlado cuma letak santan jela. Nanti nak try buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Cie... lebih kurang macam tu lah. Kalau ada daun kunyit, boleh juga ditabur, lagi wangi. Kalau saya masak apa yang ada saja.

      Padam
  5. Aiiiih saya save kak. Nak buat jadinya. Biasa ayam saya masak itu2 saja. Kalau ada resep simple lain yg berbeda begini, tertarik nak coba. ❤️❤️.

    BalasPadam