Khamis, 18 September 2025

Jalan-Jalan Makan Angin Di Puncak Gunung Jerai



 Assalamualaikum...

Jumpa lagi di entry kali ini, moga teman-teman semuanya sihat selalu.

Dah lama teringin nak naik Gunung Jerai. Kebetulan sepupu mengajak jalan-jalan ke Gunung jerai, maka saya tidak melepaskan peluang.

Saya pergi bersama sepupu dari Pahang dan seorang lagi sepupu dari Alor Setar.

Lebih kurang pukul 3 petang kami bertolak dari rumah, sampai disana agak lewat petang. Tibanya di atas agak jem disebabkan kereta banyak dan tiada tempat untuk parking. Di musim cuti sekolah ini memang ramai yang mengambil kesempatan naik gunung jerai.

Tapi akhirnya kami sampai juga di puncak gunung jerai. Dapat jalan-jalan, walaupun tak lama berada disana. 

Simpan photo kenangan di sini.






Permandangan dari puncak Gunung Jerai.






Bunga Hydragea yang banyak di tanam untuk hiasan.



















Photo bersama anakanda Nurul Ezzati.




        



Ada juga disediakan tempat mainan untuk anak-anak.










Permandangan katika hampir malam.








     Dah malam baru kita turun dari Gunung Jerai. Alhamdulillah... akhirnya dapat juga menaiki Gunung Jerai dicuti kali ini. Banyak juga yang berubah. Cuacanya sangat baik dan permandangannya juga cantik, tidak begitu berawan tebal, dapat melihat keindahan sawah padi yang terbentang luas.




16 ulasan:

  1. Wah, kelihatan kawasan sangat cantik dengan bunga-bunag berkuntum2..seronk nya ramai datang ke Gunung Jerai tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Ini kali ke dua naik gunung Jerai. Memang banyak perubahan dari sebelum ini. Banyak ditanam bunga hydragea.

      Padam
  2. Satu lagi nak cakap pasti udara segar,,nafas sedar,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang udaranya terasa sejuk seperti di Cameron Highland.

      Padam
  3. Mesti sejuk dan tenang je atas tu kan... Cuti sekolah agaknya, itu yg ramai orang. Mana² tempat pun gitulah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang terasa sejuk juga. Ya lah... musim cuti sekolah, memang ramai lah berkunjung ke sana.

      Padam
  4. Subhanallah..Cantiknya view & kwsn gunung jerai ni sis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... alhamdulillah. Sewaktu kami datang tak banyak awan, jadi dapat lah melihat permandangan di bawah gunung dengan jelas.

      Padam
  5. Seronoknya.. cantik pemandangan dan pasti segar udara di sana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang terasa sejuk dan segar seperti berada di Cameron Highland.

      Padam
  6. Teringat lagu gunung jerai tu. Seronoknya naik gunung jerai cantik betul view. Teringin nak ke sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh... Lagu cinta pantai merdeka tu ya... Boleh Cie berkunjung ke sana time cuti nanti.

      Padam
  7. Saya dah naik 4 kali kot GJ ni...mmg cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Sue... Best, naik selalu pun rasa tak boring.

      Padam
  8. Sejuk dan sedap mata memandang melihat suasana begini. Saya belum sempat jejak ke sini.

    BalasPadam
  9. Sini la lokasi sepatutnya SA bawak arwah mak bercuti, tapi sygnya tak kesampaian bila dia dah mula sakit teruk 2023 lepas majlis perkahwinan SA...

    BalasPadam