Assalamualaikum...
selamat petang sahabat semua, moga semuanya sihat swlalu.
Lama tak share resepi, kali ni saya cuba share resepi menu sihat. Mungkin sedikit sebanyak dapat memberikan idea kepada kawan2 yang berdiet.
Kali ni saya share menu yang paling mudah, yaitu ayam grill, sweet potato serta sayur salad.
Resepi Ayam Grill
Isi ayam sebesar tapak tangan
sedikit garam bukit
sedikit kunyit
sedikit serbuk kari
bawang putih cincang
olive oil.
Caranya:
Semua bahan2 diperap gaul bersama ayam kecuali olive oil. Perap sebentar, kemudian panaskan kuali, letak sedikit minyak olive oil, grilkan ayam tersebut sehingga masak.
Sweet potato pula, hanya rebus sahaja sehingga ia masak.
Kemudian boleh hidangkan bersama sayur mentah seperti salad, timun jepun tomato ceri dan sebagainya.
Mudah kan... nak kurus. Makan-makan terkurus nanti.
Simpan di sini selfi menu yang sama dari sahabat-sahabat yang join FTOC bulan ini.
Sebagai panduan kepada saya juga. Jom ikut cara PINGGAN SIHAT MALAYSIA. Makan biar seimbang... cukup protein, karbo, serat serta lemak baik yang diperlukan oleh tubuh kita. Lebih mudah kalau ikut tips SUKATAN TANGAN SENDIRI kan...
Bagi yang berdiet pilih ayam mengikut kalori yang paling sedikit. Barulah berat badan cepat turun jika mengikut cara pemakanan yang betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan