Assalamualaikum...
Dalam Program FTOC para peserta diberikan menu2 masakan sihat. Setiap bulan menu2 masakan akan bertukar-tukar. Jadi minggu ni, ada menu dimsum. Tapi versi sihat lah. Jadi kawan2 yang berdiet boleh cubalah ya...
Bahan-bahan:
4/5 helai napa cabbage (kobis panjang)
dada ayam *
1/4 bawang holland *
cili merah *
cili hijau *
lobak merah *
daun sup *
Bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati.
Cara penyediaannya:
1. Kukus daun kobis sebentar sehingga lembut.
2. Ambil sehelai kobis yang telah dikukus
lembut. Buang sedikit bahagian yang
keras.
3. Letakkan 1 sudu besar bahan inti yang
telah dikisar diatas kobis.
4. Gulung seperti popia.
5. Ulang step diatas sehingga kobis habis.
6. Kukus gulungan kobis selama 6-10 minit
atau sehingga isi ayam cukup masak.
7. Siap untuk dihidangkan.
Sedap dimsum sihat, thanks for sharing..
BalasPadamSama-sama... boleh dicuba nanti.
Padamboleh tirulah nanti dimsum sihat ni..
BalasPadamBoleh... silakan zila. Nak sedap lagi boleh tambah bumbu tambahan.
PadamSedap kubis jenis begini.
BalasPadamGuna kubis ni, senang nak gulung. daunnya lebar dan sedap jugak.
PadamSaya pun suka kobis dimsum ni. Lama tak buat. Nak try lah resepi awak ni
BalasPadam