Sabtu, 23 Oktober 2021

Tanaman Tepi Rumah

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu, moga semuanya sihat selalu. 

Update lagi tentang tanaman tepi rumah. Sekarang ni tengah rajin menanam pulak. Kebetulan pula sekarang ni musim hujan. Best sebenarnya tanam pokok di musim hujan ni, kalau time hujan tak payah menyiram lagi. Memudahkan kerja sebenarnya. Selalunya selepas hujan pokok2 semua sihat, segar je kelihatan daun-daunnya.

Jom tengok hasil tanaman saya, ada sikit2lah yang bertambah.


Pokok pudina, sebelum ni asyik kena makan dik ulat je. Tapi alhamdulillah dah makin subur. Ulat pun tak nampak lagi.


Ini pula pokok sirih cina, Selalunya pokok ni tumbuh merata2 kat dalam pasu atau di tempat yang lembab. Disebabkan dah tahu khasiatnya, jadi saya tanam je dalam satu bekas. Daun ni boleh dibuat ulam dan boleh juga dibuat sayur tumis. Sangat bagus untuk kesihatan.



Ini pula pokok daun selom, ada yang tak kenak ke? Sedap dimakan buat ulam atau kerabu.



Ini pula pokok pegaga air, juga sedap dibuat ulam atau dijus. Sebelum ni saya sering buat jus. Selalu petik tumbuh lagi yang baru.



Ni pokok cekur, Indonesia bilang kencur. Ubi dan pucuknya boleh dibuat ulam. Sangat berkhasiat sekali buat ibu2 selepas bersalin. 



Pokok ulam raja. Saya tanam hanya guna batangnya saja. Cepat juga tumbuh. Sekarang dah nak keluar bunganya.



Pokok daun kemangi. Sangat famous dikalangan orang Indonesia. Masuk dalam sambal terasi... sedap.



Ini pula daun basil Thailand. Juga dimakan buat ulam.



Bayam brazil, selalu juga petik sbb tu tak tinggi2. Bila selalu dipetik diakan keluar tunas yg baru. Jadi daunnya sentiasa muda. Sedap dibuat ulam, sayur tumis atau sayur lemak.


Akhirnya tumbuh juga pokok daun sup. Susah betul nak hidup  pokok  daun sup ni. Dah berkali2 cuba tanam tapi asyik mati je, batangnya mudah jadi busuk.



Anak pokok betik. Sebelum ni macam tak nak hidup je. Letak je baja milagro, terus jadi subur.



Pokok tomato, hanya ada 3 pokok, tanam je dalam satu bekas. Tak tahu lah bila nak berbuah.



Ini pula pokok cili benggala atau capsicam. Tak sabar tunggu dia berbuah.



Pokok terung pipit, yang buahnya kecil-kecil. Baru je nak membesar.



Pokok daun kaduk, tanam juga dapat benih dari sorang makcik kat taman berhampiran padang, tempat yang selalu saya pergi jogging. 



Pokok bunga telang. Akhirnya dapat juga saya tanam pokok bunga telang ni. Guna biji benih disemai, akhirnya tumbuh juga.



Ni semaian bayam, cepat je dia tumbuh. Lepas ni makan sayur bayam tak payah beli dah.

Lepas ni nak cuba pula tanam pokok daun kesum, susah juga nak hidup. Ok juga lah tanam sayur dan ulaman tepi rumah. Sesak2 boleh petik buat sayur atau ulam, jimat belanja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan