Isnin, 25 Mei 2020

Salam Aidil Fitri 2020 M / 1441 H


Assalamualaikum...

Selamat tengahari...
Hari ni adalah hari raya yang ketiga. Ada yang dah start puasa enam, selamat berpuasalah saya ucapkan bagi mereka yg berpuasa enam hari ini. Saya masih lagi belum start berpuasa. Biasalah pagi-pagi dah kena masak untuk anak-anak. 

Cerita mengenai juadah raya kelmarin, walaupun raya tak berapa meriah seperti sebelumnya, tapi raya tetap juga raya. Sebab ada tukang makan jadi kenalah buat persiapan raya.



Sempat juga saya buat beberapa jenis kuih seperti kuih siput, kuih samprit, kuih tat nenas bunga, popia nestum, biskut buah kana dan juga biskut jejari nestum, kerepek ubi pula(ada yang beri). Merajinkan diri sebenarnya sbb time PKP tak buat apa-apa, jadi kita buat kuih lah.



Ketupat palas ni sebenarnya last minit buat sebab lambat dapat daun palasnya. Sebenarnya dah pergi ke pasar tapi memandangkan beratur panjang sangat, ambik keputusan baliklah sbb tak kuasa nak beratur panjang-panjang. Last sekali encik suami dapat beli kat tepi jalan, untung juga. Kalau tidak tak dapatlah makan ketupat tahun ni.

Sebenarnya saya buat rendang ayam untuk digandingkan dengan ketupat palas, tapi terlupa pulak nak snap gambarnya.


Sayur lodeh ni saya masak sebab boleh digandingkan dengan nasi impit dan kuah kacang. 


Nasi impit hanya beli dari pasaraya, balik tinggal rebus je, Mudah kan... Daun kelapa manalah nak dicari time-time PKP ni. 


Kuah kacang dimakan bersama sayur lodeh dan nasi impit, memang best.



Lemang ni bukan saya yang buat, tapi adik yg bakar bersama kawan-kawannya. Dapatlah juga merasa lemang.


2 ulasan:

  1. Walaupun orang kata tak berapa nak raya, tapi persiapan hidangan tetap nampak meriahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Amie... meriah kat rumah je lah dengan anak-anak, sendiri buat sendiri makan.

      Padam