Jumaat, 27 September 2019

Sayur Petola


Assalamualaikum...

Bersua lagi dientri kali ini, semoga teman2 semua berbahagia selalu di hujung minggu ini.

Dihujung minggu biasanya ahli kaum keluarga berkumpul, jadi sudah tentunya ibu2 yang paling sibuk menyiapkan pelbagai juadah untuk santapan sekeluarga. Bagi saya hari hari minggu dan hari biasa sama sahaja. Tiap hari masak, kadang2 kehabisan idea nak masak apa.

Kebetulan hari ni ada sayur petola, jadi saya masak sayur bening petola. Digandingkan pula dengan sambal budu serta ikan goreng... memang sedap.



Resepi Sayur Petola

Bahan-bahan:

1 batang sayur petola
sedikit ikan bilis
fucuk (direndam biar lembut)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 batang cili merah (dihiris)
garam dan gula


Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang
   merah serta bawang putih hingga layu,
   masukkan ikan bilis.

2. Masukkan sayur petola, biarkan sehingga 
   ia layu. Masukkan juga fucuk dan juga air
   untuk kuahnya.

3. Bila mendidih masukkan garam, gula serta
   serbuk perasa jika suka. akhir sekali 
   masukkan cili yang dihiris. Rasakan, jika
   dah secukup rasa bolehlah diangkat.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


2 ulasan:

  1. Sayur petola, budu dan ikan goreng tu memang kombinasi yg sgt best! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun... tak cukup sepinggan nasi, mesti nak tambah lagi.

      Padam