Ahad, 11 Ogos 2019

Juadah Raya Aidil Adha


Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua... moga semuanya sihat dikala ini. hari ni adalah hari raya yang kedua. Mungkin masih ada dikalangan teman2 yang melakukan ibadah korban, semoga semuanya berjalan lancar.

hari ni nak cerita pula tentang juadah hari raya semalam. Masak pun yang mudah2 je... Biasanya setiap kali raya saya akan buatkan  ketupat palas. Tapi kali ni saya cuba buat lontong pula. First time buat lontong ni, risau juga. Alamdulillah  menjadi, dan sedap pula tu... 



Resepi Sayur Lodeh

Bahan- bahan:



10 tangkai kacang panjang (hiris serong)
4 keping tauhu (dipotong kiub 
   dan di goreng sekejap)
50 gram fucuk (rendam hingga lembut)
1 batang lobak merah saiz sederhana 
    (dipotong seperti anak mancis)
1 biji sengkuang saiz kecil (dipotong 
    seperti anak mancis)
3 keping tempe (dipotong kiub)
1/4 bahagian kobis bulat (dihiris kecil)
1 biji kentang saiz besar (kupas dan 
    potong seperti anak mancis)
santan cair
pati santan
Air jika perlu
udan hidup
1 cekak soo hoon (kerat pendek)
2 batang serai (dititik)
1/2 inci lengkuas (diketuk)
1 kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 biji cili merah (dibuang biji)

Cara membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk 
  (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik 
   dan lengkuas hingga harum. 

2. Masukkan bahan kisar halus dan 
   serbuk kunyit. Kacau rata dan masak 
   hingga terbit minyak, guna api kecil 
   dan kacau selalu.

3. Masukkan lobak merah, sengkuang 
   dan kentang. Kacau rata dan tuang 
   santan cair. Biar mendidih. 

4. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk 
 (toskan).Masak hingga semua lembut.
  Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. 
  Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit 
  air. Biar mendidih.

5.Tuang pati santan dan perasakan 
  dengan garam dan gula secukup rasa. 
  Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau 
  dan masak dengan api sederhana hingga 
  soo hoon lembut. Rasa dan jika ok 
  boleh matikan api. 

6.Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit,
  serunding, sambal tumis dan telur rebus...



Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan:


1/2 kg kacang tanah

2 batang serai dititik
air asam jawa
gula melaka
minyak masak
Garam dan gula pasir secukup rasa

Bahan kisar :
cili kering dibuang biji dan direbus hingga mendidih
1 ulas ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Penyediaan kacang tanah :
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Apabila
   kacang masak buangkan kulitnya.
2. Sejukkan kacang tanah tadi.
3. Tumbuk kasar kacang tanah menggunakan
   lesung.

Cara buat kuah kacang :
1. Panaskan minyak masak terlebih dahulu
2. Kemudian tumis serai yang telah dititik 
   hingga naik baunya.
3. Masukkan bahan-bahan kisar.
4. Masak hingga cili  yang dikisar tadi         telah masak sepenuhnya
5. Masukkan air asam jawa dan kacang yang
   telah ditumbuk.
6. Masukkan gula melaka, gula pasir dan 
   garam secukup rasa.
7. Masak hingga mendidih dan pecah minyak.
Untuk nasi impit saya hanya beli yandijual dipasaraya, cuma perlu direbus sahaja. Dan untuk resepi rendangnya pula saya buatkan mengikut resepi yansaya gunakan sebelum ini.



2 ulasan:

  1. Thanks for sharing, artikelnya menarik..
    Kunjungi juga http://bit.ly/2WOUG8M

    BalasPadam
  2. Kawan kan pula dengan sambal udang.. Pergh!! Layan..

    BalasPadam