Selasa, 16 Januari 2018

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


          Assalamualaikum...

     Selamat malam semua pengunjung Blog Diari Diela, semoga anda semua baik2 sahaja malam ini. Baru sekarang dapat meluangkan masa mengupdate my blog.

     Kali ini nak bercerita tentang masakan daging salai masak lemak cili padi. Kebetulan masih ada daging yang masih berbaki di dalam freezer. So saya cuba masakkan daging masak lemak cili api siang tadi. Saya cuba resepi dari blog Corat-coret @ Dapor GeeHut, memang sedap lauknya. Cuma saya masak tidaklah sampai naik minyak, saya sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. Itu pun memang tetap sedap, apalagi dimakan dengan nasi panas-panas. Memang tak cukup 2 pinggan nasi.

     Jom kita tengok resepinya...



Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
1/2 kg daging
1 mangkuk santan pekat
2 biji kentang (saya tambah)
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
10 - 15 biji cili api
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 cm halia
3 cm kunyit hidup




Cara memasaknya:

1. Bakar daging sehingga separuh masak 
   di atas api.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
   bersama daging yg dihiris, kentang, serai
   dan daun kunyit. Tambah sedikit air dan 
   masak hingga mendidih.
3. Masukkan santan, garam, gula dan asam
   gelugur.Biarkan sehingga mendidih dan 
   pekat.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.


1 ulasan: