Rabu, 31 Januari 2018

Sambal Ikan Bilis Belado


         Assalamualaikum...

      Selamat petang teman-teman semua, semoga sihat selalu. 

      Hari ini saya entrikan mengenai masakan ikan bilis lagi. Tapi kali ini, saya masak sambal ikan bilis belado pulak. Letak pulak sedikit isi petai. Dimakan pula bersama dengan nasi panas-panas. Fuhhh... sodapnya.

      Tak nak celoteh panjang-panjang. Jom kita tengok resepinya.



Resepi Sambal Ikan Bilis Belado

Bahan-bahan:
2 biji kentang (dipotong dadu)
2 genggam ikan bilis 
daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya utk menggoreng dan menumis

Bahan kisar kering/kasar:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang cili merah
10 biji cili api hijau
1 inci belacan



Cara memasaknya:

1. Kentang dan ikan bilis digoreng dahulu 
   dan kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar 
   hingga berminyak. Kemudian masukkam 
   garam serta gula.
3. Masukkan pula kentang, daun limau purut
   serta ikan bilis yang telah digoreng 
   tadi. Kacau lagi.
4. Rasakan ia, bila dah secukup rasa 
   barulah diangkat untuk dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan