Selasa, 24 Oktober 2017

Kuih kaswi kacang hijau


                  Assalamualaikum...

     Bersua lagi di entri kali ini. Lama dah tak buat kuih kaswi kacang hijau ni, sekali sekala nak jugak makan kuih kaswi ni, bau aroma kacang hijaunya tu yg membuatkan bertambah selera makan kuih ni. Nak-nak lagi dimakan bersama2 teh o panas atau kopi o panas, perggh memang sedap...

     Kali ni saya buatkan setengah adunan je... jom tengok resepinya.


Resepi Kuih Kaswi Kacang Hijau

Bahan A:
100 gm tepung kacang hijau
200 gm gula halus
75 gm tepung ubi
25 gm tepung beras
250 ml santan
200 ml air
1/4 sdk kapur makan
1/2 sdk garam

Bahan B:
1/2 sdk pewarna hijau
1/4 sdk pewarna kuning

Bahan C:
kelapa parut
sedikit garam

Cara menyediakannya:
1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
   Warnakan dengan pewarna hijau dan kuning, 
   kacau rata, kemudian tapiskan.

2. Masukkan adunan diatas api dan kacau
   sentiasa hingga likat dan tidak berketul.

3. Seterusnya curahkan adunan ke dalam loyang
   dan kukus selama 35 minit. Sejukkan pada
   suhu bilik, kemudian potong dan gaulkan 
   dengan sedikit kelapa yg digaul dengan
   sedikit garam.




1 ulasan: