Isnin, 24 Ogos 2015

Laksa Kuah Putih


     Assalamualaikum wrh... wbr...

   Bersua kembali di entri kali ini, semoga teman-teman semua ceria selalu hendaknya.
Teringin rasanya nak makan laksa kuah putih, memandangkan stok ikan sardin masih ada lagi dalam peti sejuk, maka saya cuba buatkan laksa kuah putih pula kali ini.




Untuk laksanya:
1. Boleh beli laksa kering di kedai, kemudian 
   direndam.
2. Rebuslah dengan air hingga lembut.


Bahan untuk kuahnya:

1 kg ikan selayang 
2 sdk lada hitam
1/2 inci halia
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 biji kelapa parut (diambil santannya)
2 keping asam gelugur
garam dan perasa secukupnya

Cara memasaknya:
1. Ikan kembung dibersihkan, kemudian direbus 
   hingga masak.
2. Toskan, kemudian di ambil isinya, kemudian 
   di mesin hingga halus.
3. Tumbuk bawang merah, bawang petih serta 
   lada hitam hingga lumat.
4. Masukkan ikan, bahan tumbuk serta santan ke
   dalam periuk, masukkan pula asam gelugur
   serta garam.
5. Jerang di atas api hingga mendidih dan
   sebati.


Untuk sayurnya:

1 batang mentimun (dimayang halus)
tauge (dibuang ekornya dan dibiarkan mentah)
kacang panjang (diracik halus)
daun kesum jika ada (dihiris halus)


1 ulasan:

  1. Pertama kali tgk laksa kuah putih...nampak sedap sgt..lagi pun rose mmg suka makan laksa..terima kasih sudi singgah dn follow blog rose bungakayangn.blogspot.com

    Salam singgah dn follow sini yer :)

    BalasPadam