Akhir-akhir ini terasa rajinlah pula mengupdate blog, sebelum ini blog terbiar je, nak tengok pun tak dak mood. Al maklumlah sekarang tengah rajin sikit, kalau penyakit malas datang, alamat berserawanglah blog.
Kelmarin, adalah beberapa papan petai dibawa balik oleh my hubby dari kampung, katanya kat pekan sehari banyak sangat orang jual petai. Tengah musim agaknya.
Jadi oleh kerana ada sedikit ikan bilis dalam simpanan, saya buatkan goreng cili ikan bilis bersama tempoyak. Alamak...Bertambah-tambah lah nasi tak terasa. Jomlah tengok resepi ringkas saya ni...
Resepi Goreng Cili Ikan Bilis Tempoyak
Bahan-bahan: segenggam ikan bilis 1 papan petai (dikupas ambil isinya) 2 sdb tempoyak 1 biji bawang besar* 4 ulas bawang putih* 10 biji cili api* Garam dan gula seculup rasa sedikit minyak untuk menumis
Cara memasaknya: 1. Ikan bilis digoreng hingga garing, ketepikan. 2. Bahan yang bertanda * ditumbuk halus. 3. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, tumis bahan yang di tumbuk, goreng sehingga layu. 4. Masukkan tempoyak, digoreng lagi hingga bercampur dan sedikit naik minyak. Masukkan petai serta masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutupkan api. 5. Biarkan sekejap, bila dah agak suam sedikit, barulah masukkan ikan bilis untuk mengelakkan ikan bilis menjadi liat. * Cara menggoreng ikan bilis supaya rangup. Panaskan minyak, sebelum minyak panas cuci ikan bilis, dan terus masukkan ke dalam kuali. Jangan biarkan ikan bilis terendam lama didalam air.
Kali ini saya join GA yang dianjurkan oleh Aeinna Musa. Jomlah sama-sama kita support beliau GA beliau. Jika teman-teman nak join bolehlah klik kat banner. Tarikh tamatnya 8hb Sept 2015.
Salam bahagia teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu dihujung minggu ini.
Memandangkan roti masih lagi berbaki tak terusik, daripada rosak nanti maka saya buatkan bingka roti kukus pandan. Saya cuba resepinya dari HANA MEMORIES, tetapi saya buatkan setengah adunan sahaja. Biasalah, kalau kuih-kuih manis anak-anak kurang gemar. Kalau buat banyak jenuh saya nak mengabihkannya.
Terima kasih diatas perkongsian resepinya. Izinkan saya copykan resepinya disini pula untuk rujukan saya nanti.
Resepi Bingka Roti Kukus Pandan
Bahan-bahan: 8-9 keping toti gardenia 400 ml santan 3/4 cawan gula halus segenggam kismis 4 biji telur 1 sdk garam halus 1 sdk pes pandan sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya: 1. Koyakkan roti ketepikan. Satukan santan, garam, gula, pes pandan dan juga telur. Kacau sebati. 2. Masukkan roti dan kismis, kemudian rendam lebih kurang 5 minit.
3. Sapukan loyang dengan sedikit mentega. 4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 30 minit. 5. Sejukkan dahulu, kemudian potong dan hidangkan. Rasa kuih ni memang sedap. Terasa lemak-lemak santannya serta manis masinnya. Bila tergigit kismis ada rasa masam sedikit. Pokoknya sedap lah.
Bersua lagi di entri kali ini, dah makam tengah hari ke... belum? Masak apa hari ini? Hari ni saya masak yg ringkas je. Beberapa hari ni asyik masak ayam sahaja, tapi itulah kesukaan anak-anak, kalau masak ikan masing-masing liat je nak makan. Kalau masak ayam laju je merka nak makan.
Hari ni saya masak ayam goreng kunyit lagi...
Resepi ayam goreng kunyit
Bahan-bahan: 4 ketul isi ayam (dipotong kecil) kacang panjang (dipotong) 1 biji bawang besar 1 biji cili besar sedikit halia 1 sdb sos tiram sedikit serbuk kunyit garam minyak untuk menggoreng
Cara memasaknya: 1. Ayam dibersihkan dan dimasukkan garam dan kunyit, kemudian digoreng. Angkat dan ketepikan. 2. Kemudian ambil sedikit minyak goreng ayam tadi, tumiskan bawang besar dan halia sehingga layu, masukkan ayam. 3. Goreng seketika, kemudian masukkan sos tiram serta kacang panjang, goreng lagi. Akhir sekali masukkan cili yang dipotong. 4. Goreng sekejap hingga kacang masak, barulah tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Bersua lagi dientri kali ini, semoga teman-teman semua happy happy selalu. Kali ini entri mengenai masakan sayur. Kelmarin belanja ke pasar, lihat sayur brocoli, teringin pula nak makan. Memandangkan sekarang ni, tekanan darah pun rendah, kena lah banyakkan makan sayur-sayuran yang berwarna hijau.
Jadi, saya masakkan sayur brocoli goreng dengan sos tiram untuk santapan tengah hari ni bersama lauk lain.
Resepi Brocoli Goreng Sos Tiram
Bahan-bahan: 1 biji sayur brocoli (dipotong) 1/2 batang carot (dihiris kecil) 5 ekor udang hidup (dibuang kepala) 2 sdb sos tiram sedikit garam 4 biji bawang merah (dimayang halus) 3 ulas bawang putih (dimayang halus) 1 biji cili merah sedikit minyak masak untuk menumis
Cara memasaknya: 1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. 2. Masukkan udang. Biarkan sekejap, kemudian masukkan sos tiram. Dikacau sebentar. 3. Masukkan sayur brocoli serta karot. Goreng sebentar, barulah masukkan garam serta cili merah. Rasakan ia, jika dah secukup rasa, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Kebaikkan memakan sayur brokoli: 1. Baik untuk kesihatan mata -lutein karotenoid yg ada dalam brokoli baik untuk mencegah penyakit mata terutama berkaitan dgn katarak.
Bersua kembali di entri kali ini, semoga teman-teman semua ceria selalu hendaknya. Teringin rasanya nak makan laksa kuah putih, memandangkan stok ikan sardin masih ada lagi dalam peti sejuk, maka saya cuba buatkan laksa kuah putih pula kali ini.
Untuk laksanya: 1. Boleh beli laksa kering di kedai, kemudian direndam. 2. Rebuslah dengan air hingga lembut.
Bahan untuk kuahnya: 1 kg ikan selayang 2 sdk lada hitam 1/2 inci halia 1 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 1 biji kelapa parut (diambil santannya) 2 keping asam gelugur garam dan perasa secukupnya
Cara memasaknya: 1. Ikan kembung dibersihkan, kemudian direbus hingga masak. 2. Toskan, kemudian di ambil isinya, kemudian di mesin hingga halus. 3. Tumbuk bawang merah, bawang petih serta lada hitam hingga lumat. 4. Masukkan ikan, bahan tumbuk serta santan ke dalam periuk, masukkan pula asam gelugur serta garam. 5. Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.
Untuk sayurnya: 1 batang mentimun (dimayang halus) tauge (dibuang ekornya dan dibiarkan mentah) kacang panjang (diracik halus) daun kesum jika ada (dihiris halus)
Cantiknya.... wallet. Kali ini saya join giveaway yang dianjurkan oleh Syarina Elyana. Mana lah tau kalau-kalau ada rezeki. Jika teman-teman nak join bolehlah klik kat banner.
Apa khabar teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu.
Teringin rasanya nak makan lempeng kelapa, jadi saya buatkan lah untuk minum petang. Teringat dulu-dulu di zaman sekolah, mak selalu buatkan lempeng kelapa ni untuk bekalan ke sekolah. Lempeng ni boleh dimakan begitu sahaja ataupun boleh juga dimakan dengan sambal ikan bilis. Jom kita lihat resepinya.
Resepi Lempeng Kelapa Bahan-bahan: tepung gandum sedikit tepung beras kelapa parut sedikit garam sedikit gula air secukupnya kuali leper
Cara membuatnya: 1. Masukkan tepung gandum, tepung beras, gula serta garam ke dalam satu bekas. 2. Kemudian masukkan air secukupnya, adunan janganlah terlalu pekat dan jangan terlalu cair. 3. Panaskan kuali dengan menggunakan api yang kecil, sapukan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat. 4. Ambil satu senduk adunan, ratakan ia. Kemudian biarkan sehingga ia masak, alihkan kesebelah bahagian lain. Selalu dibalik-balikkan supaya ia tidak hangit. Bila dah masak, barulah diangkat.
Salam bahagia semua, tahun ini alhamdulillah seorang lagi anak saudara telah bertemu jodoh. Minggu yang lepas adalah majlis kenduri beliau, jadi kami sekeluarga sempat menghadiri majlis kenduri beliau di Batu Kurau, Perak.
Perkahwinan anak saudara sebelah suami saya Syazwani binti Haji Mohd. Rosli bersama pasangannya Mohd Syukri Bin Mohd Sa'ad.
Dengan sekali lafaz sahaja mereka sah bergelar suami isteri.
Pasangan pengantin.
Pengantin lelaki menyarung cincin ke jari pengantin perempuan.
Acara pembatalan air sembahyang.
Barangan hantaran kedua-dua belah pihak.
Pengantin sedang menjamu selera.
Saudara mara disebelah pengantin lelaki juga sedang menjamu selera.
Selamat penganti Baru diucapkan kepada pasangan pengantin Norsyazwani serta pasangannya Mohd Syukri, semoga perkahwinan yang dibina akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat, Insyaallah.
Jomlah teman-teman kita support giveaway yang dianjurkan oleh Mashitah binti Mamat, mudah-mudahan bertambah lagi kenalan bagi mengeratkan silaturrahim. Jika nak join bolehlah klik kat banner.
Assalamualaikum wrh... wbr... Bertemu lagi di entri kali ini, dah lama tak masak bihun goreng. Hari ni saya masak bihun goreng untuk sarapan pagi. Bihun goreng ni memang kesukaan anak-anak saya. Kadang-kadang kalau lama tak masak bihun goreng ni, dah mula lah sebok bertanya bila nak masak bihun. Biasa lah kalau makan bihun yang dibeli, banyaklah komplen mereka.
Resepi Bihun Goreng Bahan-bahan: 1 bungkus bihun (direndam) 3 ketul isi ayam (dipotong kecil) 2 senduk besar cili kisar sebungkus fish ball 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 ketul kiub ayam sedikit sos tiram sedikit sos cili sedikit sos tomato sedikit kicap garam dan gula secukup rasa sayur sawi (dipotong) 1/2 batang karot (dihiris halus) sedikit minyak untuk menumis
Cara memasaknya: 1. Panaskan kuali tumis bawang yang dihiris sehingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga naik minyak. 2. Masukkan ayam serta fish ball. Biarkan sehingga ayam menjadi kecut. 3. Masukkan kicap serta sos cili, sos tiram serta sedikit sos tomato. Masukkan juga garam serta perasa. Biarkan sehingga mendidih. 4. Tambahkan sedikit air jika perlu supaya tidak hangit. 5. Masukkan bihun serta sayur-sayur. Jika bihun nampak seperti keras, lebihkan sedikit air. Kemudian gorenglah sehingga bihun bercampur dengan bahan-bahannya. Tutupkan sekejap supaya bihun menjadi lembut. 6. Rasakan garamnya, jika dah cukup rasa barulah ditutupkan apinya. Siap dihidangkan.
Assalamualaikum wrh... wbr... Hari ini saya masak asam pedas ikan pari. Memandangkan ikan pari kelmarin masih lagi berbaki, jadi pikir punya pikir, teringin pula nak makan asam pedas ikan pari. Teruslah kekedai berdekatan membeli rampainya untuk dicampur dalam asam pedas tersebut. Jom lah kita lihat resepinya....
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Bahan-bahan: 2 ketul ikan pari 5 batang kacang bendi 1 biji terung panjang (dipotong) 2 batang serai (diketuk) secekak daun kesum cili kisar (mengikut kepedasan) 1 biji bawang besar* sedikit halia* sedikit kunyit hidup* sedikit belacan* sedikit serbuk lada hitam air asam jawa sedikit minyak untuk menumis gula dan garam secukup rasa air secukupnya untuk kuahnya
Cara memasaknya: 1. Bahan yang bertanda * dikisar hingga halus. 2. Panaskan periuk, tumis bahan kisar dengan sedikit minyak masak, masukkan serai serta serbuk lada hitam. Masak hingga naik minyak. 3. Masukkan air asam jawa, kemudian tambah air untuk kuahnya. Masukkan ikan, bendi dan juga terung serta daun kesum. Biarkan hingga mendidih. 4. Akhir sekali masukkan garam serta gula, jika suka masukkan sedikit perasa.Rasakan garamnya. Jika sudah secukup rasa, barulah diangkat.
Assalamualaikum wrh... wbr... Salam bahagia teman-teman, semoga ceria selalu hendaknya. Kelmarin saya sempat masak ikan pari bakar bersama air asam untuk hidangan tengahari. Alhamdulillah bertambah-tambah juga nasi bila makan. Maklumlah dah lama tak makan ikan bakar air asam. Jadi lihatlah resepi menu yang ringkas ni.
Resepi Ikan Pari Bakar Bahan-bahan: ikan pari sedikit garam serta kunyit serbuk (untuk melumur ikan) daun kunyit sedikit minyak masak
Cara memasaknya: 1. Cuci ikan bersama air asam serta sedikit garam untuk mengengelakkan bau hanyir ikan. 2. Lumurkan dengan sedikit garam serta kunyit serbuk. Biarkan seketika. 3. Sediakan kuali leper, letakkan sedikit minyak supaya ikan tidak melekat pada kuali. 4. Balutkan ikan dengan daun kunyit.Bakar diatas api yang sederhana. Apabila dah mask barulah diangkat.
Resepi Air Asam Bahan-bahan: 1 biji bawang besar (dihiris halus) cili api mengikut kepedasan (dihiris halus) 1 biji buah tomato (dipotong kecil) sedikit air asam jawa sedikit belacan gula serta garam Caranya: Semua bahan-bahan tadi disatukan da digaulkan. Rasakan masam manisnya. Jika sudah ok, bolehlah dihidangkan bersama ikan bakar. Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.