Sabtu, 20 Disember 2025

Majlis Ihtifal Sekolah Sri Khairaa


 Assalamualaikum...

Salam di hari Sabtu yang penuh ceria ini. Alhamdulillah... sangat bersyukur sebenarnya dah selesai sesi persekolahan 2025, ditutupi dengan majlis persembahan dan penyampaian hadiah pelajar-pelajar sekolah SRI Khairaa hari ini.

Beberapa hari sebelum tamatnya persekolahan memang sebok buat persiapan persembahan anak-anak. Malam tadi juga, ke dewan buat persiapan terakhir untuk siapkan pentas dan juga susun hadiah murid-murid.





Seawal pagi sibuk mempersiapkan anak-anak yang akan membuat persembahan terakhir.







Sempat juga anak-anak praktis nasyid beberapa buah lagu buat kali terakhir sebelum naik ke pentas.

Sebenarnya tak banyak photo kenangan diambil sewaktu persembahan kerana time tu sebok mengurus anak-anak untuk naik ke pentas untuk membuat persembahan dan penyampaian hadiah.

Dah habis acara barulah rilex sikit, dapatlah bergambar walaupun tak banyak photo yang diambil.

Alhamdulillah... dapat hadiah saguhati dari pihak sekolah.

                                

Ustazah Fatin Nurbzilah





 Cikgu Nisa



Cikgu Aina


Cikgu Nabila




                                 


Bergambar kenangan bersama pengurus dan guru-guru Sekolah SRI Khairaa.





Dah selesai semua acara baru dapat menjamah sedikit makanan, potluck dari parent. Alhamdulillah...






Khamis, 18 Disember 2025

Menjenguk Kakak Siti Norhaida Di USIM


 Assalamualaikum...

Sambung lagi cerita yang kelmarin. Setelah penat menunggu urusan di Pusat Jantung Hospital Serdang selesai, lebih kurang pukul 8 malam. Kita tak terus balik ke rumah.

Kebetulan dah dekat dengan Nilai, maka kita sempat menjenguk si kakak Siti Norhaida di USIM. Sebenarnya plan nak ke sana di waktu siangnya, tapi urusan hospital belum selesai dan juga si kakak ada kelas pula dari pukul 10 pagi hingga pukul 7 malam. Jadi nak tak nak datanglah juga walaupun waktu dah malam.



Sempena ulang tahun kelahiran si kecik, Mohammad Khairuddin Nasaie birthdaynya 9 hb Disember 2025, birthday si kakak pula hujung bulan ni 27 hb Disember 2025. Maka abangnya belanja dominos pizza. Sukanya mereka dapat makan pizza. Mulanya ingat nak makan sate kajang, tapi jauh sangat. Masing-masing pun dah penat. Jadi makanlah apa yang ada disekitaran tempat tinggal si kakaknya.





















Dah selesai makan, hantar si kakak ke asramanya. Barulah kita bertolak balik ke Rawang. Sampai rumah dah hampir pukul 12 tengah malam. Walaupun terasa penat tapi terasa happy juga.



Menemani Encik Suami Check Up ke Pusat Jantung Hospital Serdang

 

Assalamualaikum...

Ni cerita hari Selasa kelmarin. Sebenarnya encik suami biasanya selalu check up di Hospital Sungai Buloh. Oleh kerana encik suami punyai masalah jantung jadi, dari hospital Sungai Buloh diminta check ke Pusat Jantung Hospital Serdang. 

Dah lama sebenarnya minta appoinment dari bulan 4 ituhari, 16 hb 12 baru boleh dapat temujanji dengan doktor.

Jadi sebelum pukul 9.30 pagi kita sampai, pukul 2 petang baru dapat buat ECO, kemudian dapat jumpa doktor pula pukul 5.30 petang. Menunggu lagi untuk ambil ubat difarmasi. Pukul 8 malam baru boleh balik.


Masyaallah... tak pernah lagi sebelum ni berurusan dihospital sehingga pukul 8 malam. Biasanya pukul 1 atau pukul 2 petang dah boleh balik kalau dihospital biasa.





Pula pesakit yang datang bukannya dekat2, kebanyakkannya datang dari jauh seluruh Malaysia, yang saya jumpa dari Jelebu Negeri Sembilan. Ada juga yang datang dari Johor.



Betapa ramainya pesakit jantung di zaman sekarang ni. Ada yang masih muda lagi, dah punya masalah jantung. Kalau orang berumur macam kita ni sementelah lah.


 Penat menunggu sebenarnya, sebab terlalu ramai sangat pesakit. Sabor jelah... Datang jauh-jauh biarlah selesai semuanya, baru tenang bila balik.



Sabtu, 13 Disember 2025

Menu Makan Tengahari di Hari Minggu


 Assalamualaikum...

Selamat berhari minggu sahabat semua. Cuaca kat luar ketika ini hujan turun. Baru je lepas makan tengahari, sambil rehat-rehat dapatlah melayan blog sekejap.

Biasalah di hari minggu dapatlah bersantai-santai di rumah bersama keluarga. Pagi tadi lepas hantaq anak gi kerja dapatlah berkebun depan rumah sekejap, tanam balik pokok-pokok  bunga yang dah lecur daunnya akibat terkena hujan lebat setiap petang.

Dah tengahari sambung masak pulak untuk makan tengahari. Begitulah rutin mak-mak tak pernah habis dengan tugas-tugas harian.

Untuk makan tengahari ni saya masak pecal sayuran, terung goreng cili, tempe goreng serta ayam goreng cili.





Terung goreng cili ni memang feberat semua orang dalam rumah, sekali sekali mesti kena masak terung begini.



Untuk kuah pecal saya hanya beli yang dah siap kat kedai Acheh, hanya perlu tambah air panas saja. Untuk sayurannya pula rebus sayur apa yang ada saja seperti kangkung, kacang panjang, kobis dan pucuk ubi kat belakang rumah.



Tempe saya hanya goreng dengan tepung goreng ayam, baru ada rasa sedap sikit disebabkan tepung goreng ayam dah ada perasa.




Ini pula ayam goreng cili,  biasalah si kecik tak suka sayur dan tempe, jadi kenalah juga masak ayam untuk dia.

Alhamdulillah... rezeki untuk hari ni.


Selasa, 9 Disember 2025

Membawa Anak-Anak Sri Khaira Lawatan ke KLCC


 Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua. Setelah minggu kelmarin tak sihat, jadi tak sempat nak update blog kesayangan saya.

Ini cerita semalam hari Selasa 9-12-2025, bawa anak-anak Tadika dan Sekolah Sri Khairaa buat lawatan ke KLCC yaitu ke Petrosains dan ke Aquaria KLCC. Seharian sibuk dengan kegiatan dari pagi sampai ke petang. Alhamdulillah hari ini diberi cuti oleh pengetua sekolah sempena lawatan semalam. Jadi dapatlah berehat hari ini.

Simpan kenangan photo-photo kenangan bersama anak-anak SRI Khairaa di sini.


Bergambar beramai-ramai berlatar belakangkan bangunan berkembar KLCC.


Ini pula bergambar di pintu sebelum keluar dari Petrosains KLCC.






Ini pula menunggu sebelum masuk ke Aquaria KLCC.
















Sekali sekala dapat naik bas best juga.



Menunggu anak-anak menyelesaikan tugasan masing-masing.







Alhamdulillah... Kelihatan happy je anak-anak bila dibawa lawatan sambil belajar.



Rabu, 3 Disember 2025

Bila Badan Tak Sihat

 

Assalamualaikum...

Beberapa hari ni saya tak sehat, mengalami demam selsema dan batuk juga. Time hujan minggu lepas memang terkena sedikit hujan. Tak sangka pula akan jadi demam. 

Biasalah kalau demam, mesti akan merasa masalah tak lalu makan. Aduhai memang peritlah. Nampak makanan sedap je tapi tak boleh nak makan. Mulut akan terasa pahit. Air sahaja yang mampu ditelan.




Lihat ni dah macam-macam ubat dah saya telan. Tapi alhamdulillah hari ni dah semakin sihat. Dan dapat beraktiviti seperti biasa dah. Tapi masih lagi tak lalu makan. Ke pasar, nampak buah mangga terus beli.




Dapat makan buah yang ada rasa masam-masam, baru sedap rasa dilidah.

Didoakan juga kepada teman-teman yang tak sihat, sedang sakit. Rajin-rajinlah makan ubat, biar cepat sembuh.