Selasa, 11 Mac 2014

Cendol Leman Dawi


        Assalamualaikum wrh wbr.....

     Sambungan dari mandi manda di kolam air panas Pedas. Sebelum sampai ke Kolam WetWorld Air Panas Pedas, sempat singgah kat gerai cendol Leman Dawi. Gerai ni memang agak terkenal juga, kerana sentiasa ada pelanggan yang datang kat gerai tersebut.





       Inilah cendolnya, dicuaca panas terik ni bila pekena cendol memang nyamanlah tekak. Tapi pada saya cendol ni rasanya biasa-biasa sahaja.





                              gambar dari google 


          Inilah pengusaha gerai cendol Pak Leman Dawi namanya. Gerai ni memang punyai keistimewaannya tersendiri kerana Pak Leman ni memang terkenal dengan keramahan dan kepetahan bercerita, tak berhenti-henti bercakap dengan pelbagai cerita baru dan lama dan ianya juga rajin melayan pelanggan. Mungkin disebabkan itulah maka gerainya tak putus-putus dikunjungi orang ramai.


SHiemaCMa 1st Giveway 2014


         Assalamualaikum wrh... wbr...



         Jalan-jalan ke blog teman-teman terjumpalah peraduan giveaway yang dianjurkan oleh Shiema, terus join. Syarat-syaratnya pun mudah sahaja. Jika teman-teman nak join juga bolehlah klik kat banner.



Isnin, 10 Mac 2014

Mandi-manda di Kolam Air Panas Pedas


           Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam bahagia teman-teman semua semoga berbahagia selalu. Hari minggu kelmarin saya da encik husband membawa anak-anak ke kolam Air panas Pedas, Negeri Sembilan. Sebelum ni memang dah berjanji dengan anak lelaki saya nak bawa mandi air panas untuk betulkan urat-urat tangannya yang patah (disimen selama 1 1/2 bulan) akibat jatuh dari motosikal. Oleh kerana dah janji, kena lah tunaikan janji tersebut. Baru kelmarin berkesempatan bawa anak-anak mandi air panas.


      Sebelum ini memang dah pernah pergi kat sini, kalau tak salah 2 tahun yang lalu. Dulu bayaran masuk hanya RM 8 utk dewasa dan RM 6 utk kanak-kanak. Sekarang bayaran tiketnya dah RM 12 utk dewasa dan RM 10 utk kanak-kanak.





       Dekat Wet World Air Panas Pedas kali ini memang agak lengang sikit orangnya. Mungkin bukan time cuti sekolah agaknya. Tapi okey lah tak lah sesak sangat.





Sukanya mereka mandi, kalau dah masuk ke kolam memang susah lah nak naik.







Inilah kolam air panas, tetapi kolam ini taklah begitu panas sangat , boleh berendam untuk betulkan urat-urat saraf.




        Kolam ini memang airnya sangat panas, ada peraturan tertentu bagi mereka nak berendam kat kolam ini.


Sebelum balik bolehlah beli cenderahati utk 
tanda kenangan.


Jumaat, 7 Mac 2014

Puding Roti Bakar


            Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia teman-teman semua. Dah lama tak buat puding roti. Oleh kerana masih ada lagi roti yang berbaki yang tak disentuh, daripada berkulat begitu saja maka saya buatkan puding roti bakar untuk minum petang di hari ini.



Resepi Puding Roti Bakar

Bahan-bahan:
7 keping roti dipotong-potong
2 cawan susu segar 
1/2 cawan gula
2 biji telur
4 sdb mentega
1 sdk esen vanila
sedikit kismis/ prune/ ceri dll



Cara membuatnya:
1. Carik-carikkan roti di dalam  satu bekas.
2. Cairkan mentega dan tuang mentega ke atas 
   roti tersebut.
3. Pecahkan telur bersama-sama susu dan gula
   di dalam bekas yang lain.
4. Pukul sehingga gula hancur, boleh masukkan
   esen vanilla.
5. Tabur kismis kedalam loyang dan tuangkan
   susu tersebut.
6. Bakar dengan suhu 175 C selama 40 minit.
   Setelah masak, barulah diangkat.






Rabu, 5 Mac 2014

Masak Lemak Sayur Petola


            Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam penuh keceriaan kepada teman-teman blogger semua, semoga anda semua berada dibawah lindungannya selalu. Entri kali ini mengenai masakan sayur petola. Sayur petola ni memang sedap dimasak lemak atau dimasak sayur bening sahaja. Kadangkala sayur petola ini boleh juga direbus dan dicicah dengan budu. Apa-apa pun memang sedaplah dimakan dengan nasi panas-panas.Marilah kita lihat resepi masakan sayur lemak petola yang ringkas ini.






Resepi Masak Lemak Sayur Petola

Bahan-bahan:
2 batang sayur petola (dipotong)
1/2 biji kelapa diambil santannya
sedikit sayur fucuk
sedikit suhun
1 batang cili merah (dihiris)
4 ulas bawang kecil (dihiris halus)
sedikit ikan bilis
garam dan perasa secukupnya

  Cara memasaknya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk,
   masukkan santan dan dimasak dengan api yang
   sederhana. Sentiasa dikacau supaya 
   santannya tidak pecah.
2. Masukkan garam serta perasa. Rasakan ia, 
   bila dah okey rasanya barulah 
   diangkat untuk dihidangkan.

Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak


             Assalamualaikum wrh wbr......

         Salam bahagia teman-teman semua. Kali ini saya menyertai segmen Jom Blogwalking bersama SukaGelak pula untuk menambahkan lagi teman-teman blog. Jadi kepada siapa yang ingin join, bolehlah klik kat banner....





Segmen ini bermula pada 5hb March 2014 hingga 9hb March 2014.


Isnin, 3 Mac 2014

Short Giveaway By effafarhana


               Assalamualaikum wrh... wbr...



          Jom kita ikut serta peraduan giveaway yang dianjurkan oleh effafarhana ni..... Syarat-syaratnya pun mudah saja. Kepada teman-teman yang nak ikut serta bolehlah klik kat banner.