Sabtu, 6 Oktober 2012

Khasiat Mentimun

         
       Assalamualaikum wrh wbr....

      Selamat berhujung minggu kepada teman-teman semua, semoga sihat hendaknya. Malam ini, sambil berehat saya masukkan entri mengenai khasiat mentimun pula untuk kesihatan kita. Sama-samalah kita dapat ilmu yang bermanfaat untuk kebaikkan kita bersama.

      Mentimun atau lebih dikenali timun, nama saintifiknya  Cucumis Sativus adalah sejenis sayur yang tidak asing lagi, mudah didapati di negara kita. Biasanya timun sering dihidangkan dgn nasi lemak dan sate. Ianya sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam serta acar, dimakan bersama nasi. Timun ini  sangat kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan badan, bahkan kandungan seratnya yang tinggi berguna untuk melancarkan pembungan air besar, menurunkan kolestrol dan dapat menutralkan racun.






Di antara khasiat mentimun:

1. Boleh mengurangkan kepanasan dan 
   radang pada kulit- disapu pada wajah.

2. Bahan diuratik, penyejuk dan pembersih 
   yang terdapat dalam timun menjadikan
   sayuran tersebut baik untuk kulit.

3. Boleh memberi kelegaan kepada masalah 
   ulser, gastrik dan pedih ulu hati.

4. Dapat mengurangkan bengkak pada mata.

5. Membantu mengawal sembelit, ekzema,
   atritis dan juga gout.

6. Timun mengandungi erepsin, dapat mem
   bantu menghadamkan protein.

7. Bagus untuk masalah reumatik disebabkan
   lebihan asid urik di dalam badan.

8. Kalium (potasium) di dalam timun berguna 
   untuk membantu mengurangkan tekanan 
   darah rendah.

9. Mengekalkan kandungan alkali di dalam 
   badan.

10. Menghilangkan bau badan dgn digosok 
    pada bahagian yang berpeluh.

Selain itu, mentimun juga berguna untuk kecantikkan samaada diminum jusnya atau kegunaan luaran:


1. Dapat menghilangkan jerawat.

2. Membantu pertumbuhan rambut kerana 
   silica yang terdapat di dalamnya bermanfaat
   untuk menguatkan dan menyuburkan rambut.

3. Untuk melangsingkan badan kerana 
   mentimun sangat rendah kalori dan kaya 
   dengan serat. Selain itu, ia
   mengandungi asam malonat yang boleh
   merubah gula menjadi lemak.

4. Menyegar dan mengencangkan serta
   melembabkan kulit kerana kandungan vitamin
   serta mineralnya yang tinggi.

5. Merawat kuku, dapat mencegah kuku pecah 
   dan rosak.

sumber- internet



Jumaat, 5 Oktober 2012

Kuih Abuk-abuk Sagu

       
          Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam bahagia untuk semua, semoga berbahagia selalu. Sebenarnya kuih ni saya dah buatkan dua hari yang lepas. Baru sekarang dapat masukkan entri kat blog ni. Saya cuba resepi kuih ni dari MY RESEPI. Sedap kuihnya, tapi anak-anak saya tak berapa suka kuih ni. Almaklumlah kuih orang lama. Kalau saya memang suka sangat kuih yang menggunakan gula merah ni..... Terima kasih atas resepi ini. 






Resepi Kuih Abuk-Abuk Sagu

Bahan-bahan:

2 cawan sagu biji
2 cawan kelapa parut putih
3 sdb gula merah
3 sdb gula putih
garam secukupnya
daun pisang untuk dibuat kelongsong atau 
     calong serta lidi secukupnya


Cara menyediakannya:

1. Basuh sagu dan toskan lima minit.
2. Gaulkan sagu, kelapa serta garam.
3. Dalam bekas lain, campurkan gula merah 
   dengan gula putih.
4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam
   calong daun pisang. Kemudian masukkan 
   1/2 sudu campuran gula dan akhir sekali 
   masukkan  1 sudu campuran sagu.
5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. 
   Kukus selama 10 minit. Siap untuk dimakan.



Khasiat Lobak Merah

       
         Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam di hari Jumaat untuk rakan-rakan semua, semoga anda penuh keceriaan di hari ini. Entri kali ini adalah mengenai khasiat lobak merah pula. Saya suka juga baca tentang khasiat-khasiat makanan seperti buah-buahan , sayur-sayuran serta herba-herba ini. Sedikit sebanyak kita perlu tahu juga tentang khasiat daripada makanan tersebut.  Jadi kalau kita tahu sesuatu makanan itu punyai banyak khasiat, lebih kerap lah kita ambil makanan itu untuk dijadikan makanan harian kita. Ini sekadar pengetahuan untuk kita semua.

     Nama saintifik lobak meroh atau kita panggil karot ialah Dancus Coreta. Merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat yang mengandungi beta carotine, vitamin B dan C, alpha carotene, kalsium dan protasium. Ianya baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan iaitu untuk melawan penyakit. Selain itu ia meningkatkan sel-sel baru serta membuang toxid dalam badan.
     Dalam lobak merah mempunyai sejenis pigmen iaitu karotenoid yang berfungsi menghasilkan kulit yang segar, awet muda dan indah berseri. Jika kita memakan lobak merah mentah ataupun jusnya, ia boleh mengeluarkan sisa toksin yang melekat pada dinding usus. Detoks ini adalah amat penting bagi melancarkan proses penurunan berat badan.



Mari kita lihat khasiat dan kebaikan lobak merah:

1. Sangat baik untuk sistem limfa dan perut
   kita.

2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam 
   dan batuk yang berpanjangan.

3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan 
   angin dan kesejukkan berlebihan dari badan 
   kita.

4. Terkenal sebagai anti kanser. Kajian
   bahawa, orang yang kurang zat karotein 2
   kali ganda lebih mudah mendapat penyakit
   kanser. Adalah baik makan karot atau jusnya
   untuk mengelakkan kanser. Ini adalah kerana
   beta caroten di dalam karot mudah ditukar 
   kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita.

5. Mengandungi asid folik, kumpulan vitamin 
   B, berkesan untuk melawan radikal bebas
   (bahan yang menyebabkan kanser di dalam 
   badan kita.

6. Lignin ditemui dalam karot membantu me-
   nguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk 
   melawan sel-sel kanser.

7. Mengandungi suksinat potash yang bersifat 
   ubat anti hipertensi juga membantu
   mengurangkan tekanan darah tinggi.

       Begitulah khasiat lobak merah kepada kesihatan tubuh badan kita. Ternyata ianya mempunyai banyak khasiat. So, ambillah ianya selalu untuk dijadikan menu harian kita setiap hari.


sumber-internet



Khamis, 4 Oktober 2012

Kuih Apam Putri Ayu

     
         Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam bahagia kepada rakan-rakan semua. Semoga bahagia selalu. Entri kali ini mengenai kuih putri ayu yang saya buatkan untuk minum petang tadi. Alhamdulillah menjadi lah juga, tapi tak lah gebu sangat. Mungkin ovallate yang saya gunakan tu dah terlalu lama. Sebelum ini, saya dah banyak kali buat gunakan resepi ni.... gebu dan lembut sangat kuihnya. Walau bagaimanapun, kuihnya memang sedap. 


   Terima kasih banyak-banyaklahlah saya ucapkan kepada MY RESEPI di atas resepi ini. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini...






Resepi Kuih Apam Putri Ayu

Bahan-bahan:


5 biji telur saiz kecil
250 gm tepung gandum
300 gm gula
2 sdt ovallate
1 sdt baking powder
250 ml santan
pewarna hijau & paste pandan
@ serbuk koko
kelapa putih secukupnya (digaul dengan 

      sedikit garam dan tepung ubi)



Cara membuatnya:

1. Panaskan kukusan.

2. Pukul telur, gula dan ovallate hingga
   kembang dan gebu.

3. Masukkan santan, tepung gandum, baking
   powder. Masukkan paste pandan atau serbuk
   koko. Kacau sehingga sebati.

4. Sapukan sedikit minyak pada acuan. 
   Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan
   dan mampatkan.

5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih
   kurang 5 minit.

6. Setelah di keluarkan dari kukusan, tunggu 
   hingga sejuk sedikit supaya senang
   dikeluarkan dari acuan.


Rabu, 3 Oktober 2012

Ikan Siakap Masak Pedas

          
           Assalamualaikum wrh wbr.....

     Hari ini saya masak ikan siakap untuk menu hidangan tengah hari. Sudah semestinya terfikir-fikir juga nak masak apa ikan siakap ni. Tercari-cari lah kat tenet. Terjumpalah resepi ikan siakap masak pedas. Macam best je... Terus lah saya mencubanya. Ternyata memang sedap pun. Terima kasih atas resepinya Ayunashira Azhar. Izinkan saya copy kan kat sini ya....




Resepi Ikan Siakap Masak Pedas

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
2 sdb sos cili
sedikit sos tiram
1 1/2 sdb air asam jawa
1 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng/ menumis

Bahan kisar:

10 tangkai cili kering 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan hiris dan potong:

1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (belah @ potong)
6 biji cili api (potong bulat)
1 batang serai (dihiris)

Cara memasaknya:

1. Lumurkan ikan dengan garam kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga
   garing. Setelah itu diangkat dan diletakkan
   di atas pinggan.
3. Panaskan minya, tumis bahan kisar sehingga
   garing atau naik minyak. Kemudian masuk
   kan bahan hiris, masukkan sos tiram, sos
   cili, gula , garam dan air asam jawa
   secukupnya. Setelah cukup garing dan naik 
   minyak, tutupkan api dan siramkan di atas 
   ikan yang telah  digoreng tadi.
4. Siap untuk dihidangkan.



Selasa, 2 Oktober 2012

Agar-agar Permata

         
            Assalamualaikum wrh wbr....

        Cuaca hari ini memang panas sangat. So, teringat lah kalau buat agar-agar pun best juga. Maka terfikir-fikir lah agar-agar apa ya.... yang boleh menyejukkan tekak. Tercari-cari kat tenet, bila lihat agar-agar permata macam best je. Jadi, saya pun cuba lah dari BALKIS-RESEPIKU.BLOGSPOT. Sedap rasanya, kalau dimakan ketika sejuk. 


        Tapi lihat lah hasilnya bila dah dimasukkan adunan kedua, tak nampak pun warna merah dan kuning. Yang menyerlah hanya warna hijau sahaja. Warna lain tu tenggelam kat bawah. Walau bagaimana pun terima kasih banyaklah kepada tuan punya resepi ini. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini ya.....







Resepi Agar-agar Permata

Bahan-bahan:


Bahan A
1/2 cawan agar-agar tali
2 1/2 cawan air
gula secukupnya
dua helai daun pandan diikat
pewarna merah, hijau dan kuning

Cara memasak:

1. Rebus air bersama 2 1/2 cawan air hingga 
   hancur, masukkan juga daun pandan.
2. Setelah hancur, masukkan gula secukupnya. 
   Tunggu hingga mendidih dan padamkan api.
3. Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian. 
   Setiap bekas dimasukkan warna yang
   berlainan iaitu hijau, kuning dan merah.
   Tunggu hingga agar-agar keras.
4. Apabila keras, potong agar-agar berbentuk 
   dadu kecil-kecil. Masukkan agar-agar yang 
   dipotong ke dalam loyang. Langkah
   seterusnya ialah dengan memasak bahagian 
   B pula.

Bahan B

1 cawan agar-agar tali
5 cawan air
1/2 tin susu pekat
2 helai daun pandan diikat
gula secukupnya

Cara memasak:

1. Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga 
   hancur. Masukkan juga daun pandan agar  
   lebih wangi.
2. Setelah itu masukkan  gula dan susu.
   Tunggu sehingga mendidih. Tutup api dan 
   tuangkan agar-agar susu ke dalam bahan A
   iaitu agar-agar yang dipotong dadu.
3. Tunggu hingga agar-agar keras. Jika ingin 
   agar-agar lebih cepat keras, masukkan ke 
   dalam peti sejuk.
4. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan di
   hidangkan.


Isnin, 1 Oktober 2012

Khasiat Bawang Putih

           
         Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam ceria untuk semua. Kali ini saya ingin mencatatkan tentang khasiat bawang putih pula. Biasanya bawang putih ni, kita hanya tahu menggunakannya di dalam masakan sahaja. Apa salahnya kita mengetahui tentang khasiatnya pula.

     Bawang putih atau nama saintifiknya Allium Sativum adalah bahan asas yang sangat diperlukan di dalam masakan . Tanpa bawang putih, mungkin masakan kita tidak menjadi begitu sedap. Bawang putih  juga mempunyai khasiat yang tersendiri dan ianya boleh dimakan mentah. Bawang ini mengandungi sulfur, sejenis kimia dalam bentuk yang natural yang boleh melawan bakteria, kulat dan virus.



Inilah khasiat atau kebaikan bawang putih:

1. Mengurangkan risiko stroke
   Bawang putih merangsang nitric oxide pada 
   dinding saluran. Ini akan membantu saluran 
   darah untuk mengembang dan seterusnya
   mengawal tekanan darah dengan baik bagi 
   mengelakkan risiko darah tinggi dan stroke.

2. Mengurangkan risiko kanser
   Kaya dengan bahan anti oksidan seperti
   selenium yang membantu mengurangkan 
   free radikal di dalam darah bagi mengurang
   kan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan anti virus
   Sejenis bahan Allicin yang terkandung
   dalam bawang putih ini bertindak sebagai
   anti virus dan anti bakteria dalam
   memusnahkan beberapa mikrob. Ia sangat baik
   untuk jangkitan perut, jangkitan influenza
   dan sebagainya.

4. Anti flamasi
   Mempunyai bahan anti flamasi yang dapat
   membantu mengurangkan penyakit asma, 
   mengurangkan inflamasi pada arhtitis pada 
   sendi seperti rheumatoid atau osteothritis.

5. Mengandungi banyak iodin
   Kandungan iodin yang tinggi dalam bawang
   ini amat baik untuk pesakit yang mengidap
   hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
   Ia dapat merembeskan gastric acid pada
   lapisan perut yang akan membantu proses
   pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
   Kajian mendapati bahawa pengambilan 2 
   hingga 3 ulas sehari selama tiga minggu
   akan meningkatkan aktiviti sel darah putih
   untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolestrol dalam tubuh
   Mengandungi kandungan Di-sulphpide di
   dalam bawang putih, membantu menurunkan
   nilai kolestrol di dalam saluran darah
   seterusnya dapat mengurangkan risikio
   penyakit jantung.

     Walau bagaimana pun, bawang putih juga mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Kita digalakkan mengambil kurang dari 5 gm bawang putih setiap hari. Oleh itu jangan lah kita mengambil lebih daripada yang disyorkan untuk mengelakkan daripada berlakunya kesan sampingan.


sumber-internet