Assalamualaikum wrh.... wbr...
Apa khabar semua. Tentunya teman-teman semua sihat-sihat sahaja hendaknya. Bersua lagi di entri kali ini. Menu kali ini sup telur lagi. Sup telur ni memang kegemaran anak-anak saya, yang tak suka masakan yang pedas-pedas. Nak masaknya pun senang ja, main campak-campak ja.
Resepi sup Telur
Bahan-bahan:
3 biji telur
4 ulas bawang merah ( dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
sedikit halia (dihiris halus)
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
1 batang karot (dipotong kecil)
2 biji kentang (dipotong kecil)
1 ketul kiub ayam
sayur fucuk dan suun
Air secukupnya untuk kuah
sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris halus)
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumis
bawang merah, bawang putih serta halia
sehingga kekuningan. Masukkan air
secukupnya.
2. Masukkan ubi kentang serta karot, biarkan
sehingga ia mendidih. Kemudian masukkan
lada sulah, sedikit lada hitam serta kiub
ayam.
3. Masukkan pula sayur fucuk serta suun,
biarkan mendidih lagi. Masukkan pula
garam serta perasa. Rasakan ia.
4. Akhir sekali perlahankan api, pecahkan
telur satu persatu kedalam periuk tadi.
Biarkan seketika. Apabila sudah masak,
tutupkan api, taburkan daun sup dan daun
bawang ketika menghidangkan sup tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan