Khamis, 23 April 2026

Tahniah... Nurul Ezzati Dapat Anugerah


 Assalamualaikum...

Bersua lagi di entry kali ini.

Hari ni 23 hb April 2025. Alhamdulillah Nurul Ezzati dijemput untuk menghadiri majlis Anugerah Sanjungan Ilmu, di Dewan Hana, Sik Kedah.

Jadi Ezzati diperbolehkan balik dari sekolahnya dua hari lebih awal daripada kawan-kawan yang lain. Minggu ni adalah minggu semua pelajar balik ke rumah masing-masing.



                      


                       


Hanya 3 orang pelajar cemerlang dari sekolahnya dijemput menghadiri anugerah tersebut.

Tapi saat-saat bahagia ini, tak dapat kami ibu bapanya menghadirkan diri ke sana disebabkan tugas dan juga perlu ke hospital untuk temujanji ckeck up bapanya.

Tapi hanya dapat dilihat dari jauh saja.  Alhamdulillah Ezzati ditemani oleh ibu dan bapa saudaranya. 







Alhamdulillah rezekinya hari ini dapat  naik ke pentas menerima hadiah wang RM1000 beserta sijil anugerah dari YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah.





                     




            Bersama Mak Ndaknya.

Semoga Ezzati terus cemerlang di masa akan datang serta berjaya dunia dan akhirat.







2 ulasan:

  1. Subhanallah, tahnaih untuk anak & kedua ibubapanya. Apa lah cita2 dia tu ya?

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah tahniah. Semoga terus kekalkan kecemerlangan di masa akan datang.

    BalasPadam