Ahad, 5 Oktober 2025

Projek Menanam Sayur

 

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu. Hari cuti hujung minggu adalah hari untuk berehat bagi mereka yang bekerja. Bagi saya hari cuti hujung minggu perlu dimanfaatkan untuk berkebun juga.





Sebelum ini saya ada membeli benih sayur kangkung, salad dan benih pakchoy. Saya juga membeli pasu plastik yang panjang dan bulat.







Kemudian saya isikan pasu-pasu ini dengan tanah. Selepas itu saya semaikan dengan biji-biji benih yang dibeli. Seminggu selepas itu barulah tumbuh benihnya.



Ini benih sayur pakchoy.


Ini pula benih kangkung. Tapi benih salad tiada satu pun yang tumbuh. Mungkin benihnya terlalu lama. Walau bagaimanapun tetaplah bersyukur, ada juga benih yang tumbuh.

Mudah-mudahan kangkung yang saya tanam ini dapat membesar dengan sihatnya.



11 ulasan:

  1. Semoga tumbuh subur, dapt hasil..update ke blog, menarik..

    BalasPadam
  2. Semua dalam pasu menjadi..kena siram..selalu..

    BalasPadam
  3. Semoga tanaman sayurnya terus subur.

    BalasPadam
  4. Cie pernah tanam kangkung jadi kurus kering je. Tanam bayam je elok menjadi. Pak choy pun kurus.

    BalasPadam
  5. dalam masa seminggu dah boleh tumbuh benih ya. cepat juga :D
    saya ni memang zero lah bab2 tanam pokok ni

    BalasPadam
  6. Semoga dapat nikmati hasilnya 🤲🏻
    Seronok tengok benih yg tumbuh ni ...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Semoga dapat nikmati hasilnya.

    BalasPadam
  8. wah best ni bila dah besar dah payah pi pasar. Petik belakang rumah je

    BalasPadam
  9. Suka betul SA tengok sayur2 tu...geram sebab SA tanam apa pun x jadi..hahahahaha

    BalasPadam
  10. Wah.....tak sabar nak tunggu update pane. sayurnya

    BalasPadam