Jumaat, 12 September 2025

Petik Pucuk Ubi Kayu Dan Ulaman Di Belakang Rumah

 

Assalamualaikum...

Salam Jumaat kawan-kawan semua, moga semuanya sihat dan bahagia selalu.

Hari ni hari Jumaat, hari yang tak sibuk sangat, melainkan hantar anak-anak ke sekolah. Tengok kebun mini kat belakang rumah pokok ubi dah banyak pucuknya. Kalau tak di petik ia akan jadi tua nanti. So, hari ni saya petikkan pucuk ubi kayu.









Pokok ubi ni hanya tanam kat dalam polybag je, kalau ubinya tu memang tak menjadi lah. Ini rasanya kali ke enam, saya petik pucuk ubi ni. Dah banyak kali jugak boleh makan pucuknya.



Pucuk ubi kayu ni kena selalu dipetik, kalau tidak ia akan jadi tua begitu saja,



                                     


Takda lah begitu banyak pucuk ubi, tapi kalau nak rebus buat ulam tu boleh dah.


Dah alang-alang petik pucuk ubi, petiklah juga ulaman lain seperti pucuk kaduk, ulam ginseng jawa dan juga ulam bayam brazil.

Alhamdulillah... rezeki hari ni. Pucuk ubi ni selain dibuat ulam, masak apa yang paling sedap.







11 ulasan:

  1. Wow…dalam polybeg kecik gitu pun subur.
    Boleh cuba jugak ni.. Saya suka makan pucuk ubi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanam dalam polybag je Ujie, pun boleh makan pucuknya. Nak tanam kat kebun tanah tak de... he he.

      Padam
  2. Alhamdulillah berkat berbudi kepada tanah..Suri hati selalu maka lemak pucuk ubi kayu, kadang masak dengan ikan bilis ..dia tumiskan ..kadang campur untuk rojak boleh juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa... good idea tu, cikgu. Nanti cuba buat masak lemak pula.

      Padam
  3. Best pucuk ubi celur cicah budu sedap, cicah belacan sedap, cencaluk pun sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa... cicah budu. Hari ni kebetulan saya buat budu, tapi belum masak pucuk ubinya, makan nasi dengan ulaman lainnya.

      Padam
  4. Walau tanam dalam polybox nampak subur sangat. Senanglah gini... nak makan sayur petik belakang rumah. Dulu pernah tanam pokok ubi sihat sangat sampai tak termakan. Ubi dalam tanah terlalu besar dan terpaksa matikan pokok.

    BalasPadam
  5. Biasanya kalau pucuk ubi saya masak lemak putih.
    Bestnya, tanaman menjadi, dapat tuai hasil.

    BalasPadam
  6. Bestnya tanaman semua menjadi je. Baru tahu boleh juga tanam dalam polibeg, untung berkali kali dapat ambil pucuknya. Jadilah kan dalam celur buat ulam walaupun ubinya tu tak ada. Okaylah tanam macam ni kalau nak pucuk ubinya sahaja.

    BalasPadam
  7. Wahh seronoknya boleh petik belakang rumah je. Penuh sebakul tu 😍

    BalasPadam
  8. Antara sayur SA suka...pucuk ubi...sedapnya masak gulai atau rebus dan cicah sambal belacan

    BalasPadam